Penerbitan
Bank Negara mengeluarkan penerbitan berikut secara berkala:
Penerbitan Berkala
Laporan statistik bulanan dan suku tahunan yang mengandungi perkembangan monetari dan perbankan, ulasan ekonomi, dan juga pelbagai data statistik lain.
Bank Negara mengeluarkan penerbitan berikut secara berkala:
Laporan statistik bulanan dan suku tahunan yang mengandungi perkembangan monetari dan perbankan, ulasan ekonomi, dan juga pelbagai data statistik lain.
Penerbitan bulanan ini mengandungi dua bahagian utama. Pertama, penerbitan laporan ¡®Sorotan Bulanan¡¯ yang memaparkan isu penting mengenai perkembangan ekonomi dan kewangan dalam negeri bagi bulan ini. Kedua, penyiaran data bulanan meliputi bidang seperti kunci kira-kira disatukan (consolidated balance sheet) sistem perbankan, pasaran kewangan, insurans dan takaful, sektor luaran dan penunjuk makroekonomi Malaysia yang lain. Secara keseluruhan, penerbitan ini bertujuan untuk menjadi sumber utama bagi pengemaskinian bulanan dan perangkaan berkaitan perkembangan ekonomi dan kewangan negara.
Buletin Suku Tahunan Bank Negara mengandungi laporan keadaan ekonomi di sepanjang suku tahun. Kajian amnya merangkumi keadaan ekonomi dunia dan Malaysia di samping penunjuk-penunjuk utama, seperti KDNK dan agregat monetari. Buletin in juga mengandungi laporan mendalam berkenaan aktiviti bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan.
Bank mengeluarkan beberapa laporan setiap tahun yang menunjukkan pencapaian Malaysia dalam pembangunan sistem kewangan, kewangan dan pembayaran, serta sektor enteprise kecil dan sederhana.
Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia memberikan maklumat yang banyak dan mendalam mengenai perkembangan ekonomi dan trendnya di Malaysia. Laporan ini mengandungi maklmat mengenai wang dan kredit, kewangan awam, perkembangan sektor benar (pengeluaran, harga, upah dan guna tenaga) dan perkembangan sektor luaran (kadar pertukaran, perdagangan dan imbangan pembayaran)
Tinjauan Ekonomi & Monetari ialah penerbitan teknikal yang merekodkan penilaian dan kajian ekonomi oleh Bank. Ia bertumpu kepada perkembangan ekonomi dan monetari ekonomi Malaysia, serta prospek untuk tahun tersebut.
Tinjauan Kestabilan Kewangan ini memberikan penilaian Bank Negara Malaysia mengenai risiko semasa dan potensi risiko terhadap kestabilan kewangan negara dan daya tahan sistem kewangan Malaysia yang berperanan penting sebagai pengantara kewangan dalam ekonomi.
Laporan ini juga mengandungi rencana mengenai topik terpilih yang menarik minat semasa serta relevan dengan pengurusan ekonomi makro negara.
Nota:
Mulai tahun 2006, Laporan Tahunan Insurans dan Laporan Tahunan Takaful telah dihentikan. Maklumat dan statistik yang terkandung dalam laporan tersebut kemudian diterbitkan dalam Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran. Klik di sini untuk arkib Laporan Tahunan Insurans dan di sini untuk arkib Laporan Tahunan Takaful.
Nota:
Mulai tahun 2008, penerbitan Laporan Tahunan PKS diterbitkan oleh SMECorp Malaysia. Layari laman web SMECorp untuk mendapatkan laporan terkini. Klik di sini untuk mengakses arkib laporan.
Pelan Tindakan ini menetapkan keutamaan pembangunan Bank untuk sektor kewangan dalam tempoh lima tahun akan datang, berpaksikan pada usaha untuk memupuk dinamik pasaran dan menyokong objektif pembangunan mampan, dengan tumpuan berterusan pada mandat kestabilan monetari dan kewangannya.
BNM menerbitkan hasil penyelidikan ekonomi, perbincangan dan kertas kerja sekali-sekala.
Satu penyelidikan bersama oleh Bank Dunia dan BNM
Laporan Ringkasan
Senarai jilid persidangan yang dianjurkan oleh BNM.
RINGGIT merupakan penerbitan usaha sama FOMCA dan Bank Negara Malaysia. Kerjasama ini membolehkan jangkauan yang lebih luas dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna kepada tahap yang lebih tinggi terhadap isu-isu kewangan. Sesungguhnya ini merupakan komitmen kami untuk mewujudkan aktivisme dan perlindungan kewangan yang lebih baik.