Mengenai Bank
Kenyataan Misi
Sebagai Bank Pusat, Bank Negara Malaysia komited untuk mencapai kecemerlangan dalam usaha menggalakkan sistem monetari dan kewangan yang stabil dan membentuk sektor kewangan yang kukuh dan progresif bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan demi negara.
Ini dapat dicapai dengan:
- mewujudkan budaya kerja yang memberikan penekanan pada standard profesionalisme dan integriti, kehematan, kerja berpasukan dan inovasi yang paling tinggi;
- membangunkan dan mengekalkan tenaga kerja yang komited yang amat kompeten dan proaktif, serta peka terhadap keperluan industri yang berubah-ubah;
- menggunakan pendekatan secara usaha sama dalam apa sahaja pekerjaan yang dilaksanakan;\
- menggalakkan penggunaan teknologi secara efektif dan amalan kerja yang baik bagi mempertingkatkan produktiviti, kecekapan dan kualiti;
- menerima pakai dasar dan amalan bagi mempertingkat daya saing institusi kewangan tempatan untuk menghadapi persaingan antarabangsa; dan
- mempunyai sumber kewangan dan instrumen kewangan yang sewajarnya bagi menguruskan kestabilan monetari dengan berkesan.