Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena dengan Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XVII
Embargo :2 Okt 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketujuh Belas pada 20 Julai 2024.
Duit syiling peringatan ini dikeluarkan dalam tiga denominasi:
Duit syiling peringatan ini juga dijual sebagai Set 2 dalam 1 yang mengandungi sekeping duit syiling perak sterling (pruf) dan sekeping duit syiling emas Nordic (pruf). Harga jualan setiap set ialah RM330. Sejumlah 1,300 set tersedia untuk pembelian.
Maklumat teknikal mengenai duit syiling peringatan ini diperincikan dalam Lampiran.
Reka Bentuk Duit Syiling
Reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
Nota:
Bahagian Hadapan ¨C Potret Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling berlatarbelakangkan corak motif tumbuhan lada hitam.
Nama baginda "SULTAN IBRAHIM" pula tertera pada sekeliling bahagian atas duit syiling.
Nota:
Bahagian Belakang ¨C Jata Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling berlatarbelakangkan corak motif tumbuhan lada hitam.
Teks "PERTABALAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XVII" tertera pada sekeliling bahagian atas duit syiling. Nama ˇ°BANK NEGARA MALAYSIAˇ± sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini pula dipaparkan pada sekeliling bahagian bawah duit syiling bersama-sama dengan nilai muka ˇ°100 RINGGITˇ± bagi emas (pruf), ˇ°10 RINGGITˇ± bagi perak sterling (pruf) dan ˇ°1 RINGGITˇ± bagi emas Nordic B.U.
Jualan Duit Syiling Peringatan
Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad ini, setiap individu hanya boleh membeli satu Set 2 dalam 1, satu keping duit syiling emas (pruf), satu keping duit syiling perak sterling (pruf) dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).
Orang ramai boleh membuat tempahan melalui duit.bnm.gov.my mulai pukul 11:00 pagi pada 2 Oktober 2024 hingga pukul 11:00 malam pada 13 Oktober 2024.
Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak lain. Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya jumlah tempahan yang diterima melebihi jumlah yang ditawarkan, cabutan akan dibuat untuk menentukan tempahan yang berjaya.
Spesifikasi Teknikal
Kategori |
Logam |
Aloi |
Nilai Muka (RM) |
Diameter (mm) |
Berat (g) |
Kuantiti Tempaan (keping/set) |
Harga (RM) |
Sekeping |
Emas (pruf)
|
Au999.9 |
100 |
22 |
8 |
300 |
3,250.00 |
Perak Sterling (pruf) |
Ag92.5 |
10 |
40.7 |
31 |
1,300 |
275.00 |
|
Emas Nordic B.U. |
Cu89 Zn5 Al5 Sn1 |
1 |
30 |
8.5 |
5,000 |
16.50 |
|
Set 2 dalam 1 |
Perak Sterling (pruf) dan Emas Nordic (pruf) |
Ag92.5 dan Cu89 Zn5 Al5 Sn1 |
10 dan 1 |
40.7 |
31 dan 8.5 |
1,300 |
330.00 |
Nota: Harga yang dinyatakan di atas termasuk 10% Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Services Tax, SST), kecuali duit syiling peringatan emas yang dikecualikan di bawah Klausa 71.18 Perintah Cukai Jualan (Barang Dikecualikan Daripada Cukai) 2022.
Bank Negara Malaysia
2 Oktober 2024
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.