Gangguan Perkhidmatan Perbankan
Embargo :9 Apr 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) memandang serius gangguan perkhidmatan perbankan oleh dua institusi perbankan terbesar negara baru-baru ini yang telah mengakibatkan kesulitan pada pelanggan. Perkhidmatan perbankan kedua-dua bank ini telah kembali pulih. Bank-bank ini juga telah diarahkan untuk berkomunikasi dengan pelanggan yang terjejas termasuk menjawab segera sebarang aduan dan pertanyaan yang disebabkan oleh gangguan tersebut serta memberikan maklumat terkini mengenai perkhidmatan yang terjejas.
BNM telah meminta bank-bank ini untuk memberikan penjelasan tentang punca yang menyebabkan insiden gangguan serta langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang dilaksanakan bagi mengelakkan isu yang sama berulang.
BNM menghendaki semua institusi perbankan untuk memastikan tahap ketersediaan perkhidmatan perbankan yang kukuh pada setiap masa. BNM akan mempertimbangkan tindakan penyeliaan atas bank-bank yang tidak memenuhi kehendak pengawalan dan penyeliaan BNM.
Bank Negara Malaysia
9 April 2024
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.