Pelantikan Ahli Luar Jawatankuasa Dasar Monetari BNM
Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1630 pada Isnin, 26 Ogos 202426 Ogos 2024
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelantikan Datuk Yogeesvaran Kumaraguru sebagai ahli luar bagi Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC). Tempoh pelantikan ini adalah selama dua tahun, berkuat kuasa 1 September 2024.
Datuk Yogeesvaran Kumaraguru merupakan ahli ekonomi terkemuka yang mempunyai pengalaman berkhidmat selama 27 tahun di Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perladangan dan Komoditi pada tahun 2017. Semasa tempoh perkhidmatan di EPU, beliau terlibat dalam penggubalan beberapa Rancangan Malaysia dan merupakan ahli Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi Negara. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pakar runding mengenai hal ehwal ekonomi kepada Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Datuk Yogeesvaran memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi dari University of Manchester, United Kingdom, ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya dan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari University of London, United Kingdom.
Gabenor Bank Negara Malaysia Dato¡¯ Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, "Saya mengalu-alukan kehadiran Datuk Yogees sebagai ahli MPC terkini. Kepakaran dan pengalaman beliau dalam bidang ekonomi serta penggubalan dasar akan memberikan manfaat kepada perbincangan dan pertimbangan MPC."
Mengenai MPC
Di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Central Bank of Malaysia Act 2009, CBA 2009), MPC bertanggungjawab merumuskan dasar monetari serta menetapkan dasar-dasar untuk mengendalikan operasi dasar monetari. CBA 2009 juga memberikan peruntukan kepada pelantikan ahli luar MPC.
Ahli-ahli MPC:
* Berkuat kuasa 1 September 2024.
Bank Negara Malaysia
26 Ogos 2024
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.