Memorandum Persefahaman antara Bank Negara Malaysia dengan CyberSecurity Malaysia
Embargo :26 Jan 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) dan CyberSecurity Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding, MoU) untuk memperkukuh langkah keselamatan siber dalam sistem kewangan negara. Kerjasama ini membolehkan BNM dan CyberSecurity Malaysia bersama-sama merangka strategi keselamatan siber yang mantap untuk sektor kewangan Malaysia. Kerjasama ini telah membuka jalan ke arah perkongsian maklumat yang lancar, bertukar-tukar amalan terbaik serta sokongan teknikal bagi menangani risiko siber yang muncul. Langkah ini akan membantu melindungi daya tahan sektor kewangan sekali gus meningkatkan ketersediaan keselamatan siber.
MoU ini ditandatangani oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Aznan Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dato¡¯ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab. Majlis menandatangani MoU ini telah disaksikan oleh Encik Ma. Sivanesan Marimuthu, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi, Datuk Jessica Chew Cheng Lian, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, dan Jeneral Tan Sri Dato¡¯ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Pengerusi CyberSecurity Malaysia.
Penolong Gabenor, Aznan Abdul Aziz berkata, ¡°Seiring dengan kadar pendigitalan perkhidmatan kewangan yang semakin pantas, BNM terus memberikan keutamaan untuk memastikan institusi kewangan kekal berdaya tahan bagi menghadapi ancaman siber pada masa sekarang dan akan datang. Kerjasama dengan CyberSecurity Malaysia ini akan memperkukuh keupayaan tindak balas terhadap insiden secara bersama dengan institusi kewangan, selain menyokong langkah proaktif yang sedang dilaksanakan untuk memastikan persekitaran yang selamat bagi pembangunan serta inovasi dalam sektor kewangan.¡±
¡°Keselamatan siber merupakan komponen asas dunia digital dan teknologi tinggi masa kini. Selain isu teknikal dan perbincangan secara meluas dalam domain ICT, keselamatan siber turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan keupayaan insan. Tidak dinafikan bahawa menangani kelemahan yang berkaitan dengan kemajuan teknologi baru ini adalah sangat penting bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selamat. Sehubungan dengan itu, MoU hari ini mentakrifkan perkongsian strategik antara dua entiti, di samping saling bertukar risikan ancaman siber bagi meneguhkan lagi pengawasan antara CyberSecurity Malaysia dengan industri kewangan terhadap landskap ancaman siber,¡± kata Dato¡¯ Ts. Dr. Haji Amirudin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia.
Bank Negara Malaysia
CyberSecurity Malaysia
26 January 2024
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.