Inflasi keseluruhan meningkat manakala inflasi teras kekal stabil
- Inflasi keseluruhan meningkat kepada 2% pada bulan Mei (April 2024: 1.8%). Inflasi teras tidak berubah pada 1.9% (April 2024: 1.9%).
- Peningkatan inflasi keseluruhan didorong terutamanya oleh barangan keperluan terpilih, terutamanya makanan segar dan utiliti.
- Bagi inflasi teras, inflasi yang lebih tinggi untuk perkhidmatan berkaitan komunikasi kebanyakannya diimbangi oleh penurunan inflasi makanan di luar.
Indeks pengeluaran industri perkilangan meningkat 4.9% pada bulan April 2024
- Indeks pengeluaran industri (industrial production index, IPI) perkilangan terus meningkat sebanyak 4.9% pada bulan April 2024 (Mac 2024: 1.3%).
- Pertumbuhan kelompok berorientasikan eksport meningkat berikutan peningkatan pengeluaran dalam kelompok berkaitan sumber seperti produk petroleum, kimia serta getah dan plastik.
- Pertumbuhan kelompok berorientasikan dalam negeri terus berkembang, mencerminkan peningkatan pengeluaran bahan berkaitan pembinaan, peralatan pengangkutan serta makanan, minuman dan produk tembakau.
Pertumbuhan kredit yang berterusan kepada sektor swasta bukan kewangan
- Pertumbuhan kredit kepada sektor swasta bukan kewangan terus kekal (5.4%; April 2024: 5.4%) apabila bon korporat meningkat manakala pertumbuhan pinjaman menurun (5.7%; April 2024: 6%).
- Pinjaman perniagaan terkumpul meningkat pada kadar yang lebih sederhana (4.8%; April 2024: 5.6%) dalam keadaan pertumbuhan pinjaman modal kerja yang lebih perlahan manakala pinjaman berkaitan pelaburan berkembang. Sementara itu, bon korporat terkumpul meningkat sebanyak 4% (April 2024: 3.4%).
- Pertumbuhan pinjaman isi rumah meningkat kepada 6.3% (April 2024: 6.2%), didorong terutamanya oleh pinjaman untuk pembelian rumah dan kereta. Permohonan dan pengeluaran pinjaman dalam kalangan peminjam isi rumah juga terus menggalakkan.
Pasaran kewangan domestik kekal berdaya tahan dalam keadaan ketidaktentuan global berhubung dengan hala tuju kadar dasar monetari AS
- Beberapa bank pusat utama, termasuk bank pusat Switzerland dan Sweden, telah mula melonggarkan kadar dasar monetari berikutan tanda-tanda inflasi yang mereda. Walau bagaimanapun, pasaran kewangan global masih tidak menentu, berpunca daripada ketidakpastian mengenai hala tuju kadar dasar monetari AS pada masa hadapan.
- Berlatarkan keadaan ini, ringgit terus mencatatkan prestasi positif dengan penambahan nilai sebanyak 1.2% berbanding berbanding dengan dolar AS (purata serantau[1]: -1.6%), berikutan aliran masuk bukan pemastautin ke pasaran bon dan ekuiti domestik.
- Kadar hasil MGS 10 tahun menurun sebanyak 8 mata asas (purata serantau1: -18 mata asas) manakala FBM KLCI didagangkan lebih tinggi iaitu sebanyak 1.3% (purata serantau1: -0.8%).
Kedudukan mudah tunai dan pendanaan bank-bank kukuh bagi menyokong pengantaraan
- Sistem perbankan terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai berada pada 149.7% (April 2024: 152.2%).
- Agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya kekal stabil pada 82.2% (April 2024: 82.1%).
Kualiti aset sistem perbankan kekal teguh
- Nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih secara keseluruhannya kekal stabil masing-masing pada 1.6% and 1%.
- Sehingga akhir bulan Mei 2024, jumlah peruntukan adalah sebanyak RM32 bilion (April 2024: RM32.4 bilion).
[1] Negara serantau terdiri daripada Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Korea
Sorotan Bulanan [PDF]
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.