Inflasi keseluruhan kekal stabil, manakala inflasi teras menurun sedikit
- Inflasi keseluruhan kekal stabil kepada 1.8% pada bulan Mac (Februari 2024: 1.8%), manakala inflasi teras[1] menurun kepada 1.7% (Februari 2024: 1.8%).
- Sepanjang bulan tersebut, pelaksanaan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lebih tinggi telah memberikan sedikit tekanan kepada inflasi keseluruhan, terutamanya bagi elektrik (Mac 2024: +2%; Februari 2024: 0%) susulan kenaikan cukai perkhidmatan ke atas pengguna yang banyak menggunakan tenaga elektrik (>600kwH).
- Namun begitu, hal ini diimbangi oleh penurunan yang lebih banyak dalam inflasi, terutamanya makanan dan minuman (Mac 2024: 1.7%; Februari 2024: 1.9%).
Pertumbuhan perdagangan borong dan runcit lebih tinggi pada bulan Februari
- Indeks Perdagangan Borong dan Peruncitan (Index of Wholesale and Retail Trade, IOWRT) meningkat sebanyak 3.9% pada bulan Februari 2024 (Januari 2024: 3.5%).
- Peningkatan ini disebabkan terutamanya oleh perdagangan borong dalam komponen borong khusus[2] lain dan perdagangan runcit dalam komponen barang lain di kedai-kedai khusus[3].
- Walau bagaimanapun, pertumbuhan dalam segmen kenderaan motor menurun kepada 2.6% (Januari 2024: 12.1%) disebabkan oleh pengurangan jualan komponen kenderaan motor (62,833 unit;Januari 2024: 65,499 unit; Februari 2023: 63,561 unit).
Pertumbuhan kredit kepada sektor swasta bukan kewangan stabil
- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan[4],[5] berkembang sebanyak 5.2% pada akhir bulan Mac 2024 (Februari 2024: 5.1%), didorong oleh pertumbuhan stabil dalam pinjaman terkumpul (7%; Februari 2024: 5.6%), dan bon korporat terkumpul (3.2%; Februari 2024: 3.3%).
- Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul kekal pada 4.9% (Februari 2024: 4.8%). Keadaan ini disokong oleh pertumbuhan pinjaman berkaitan pelaburan yang lebih tinggi berikutan pertumbuhan pinjaman modal kerja yang lebih sederhana.
- Bagi isi rumah, pertumbuhan pinjaman terkumpul kekal menggalakkan pada 2% (Februari 2024: 6.1%), dengan pertumbuhan pinjaman stabil pada seluruh tujuan pinjaman utama, termasuk untuk pembelian rumah dan kereta.
Sebahagian besar pasaran kewangan domestik dipengaruhi oleh jangkaan pelabur global bahawa kadar dasar AS akan tinggi untuk tempoh yang lebih lama
- Peserta pasaran kewangan telah menurunkan lagi jangkaan terhadap potongan kadar dasar AS bagi tahun 2024 berikutan inflasi AS yang masih tinggi dan pasaran pekerja yang kukuh, lantas mempengaruhi keadaan pasaran kewangan global.
- Berlatarkan keadaan ini, FBM KLCI didagangkan lebih rendah sebanyak 1.0% (purata serantau[6]: +1.2%) manakala kadar hasil MGS 10 tahun berkurang sebanyak 1 mata asas (purata serantau: -1 mata asas).
- Ringgit menambah nilai sebanyak 0.7% berbanding dolar AS (purata serantau: 0.8%), mencerminkan keadaan mudah tunai pertukaran asing (foreign exchange, FX) yang bertambah baik berikutan tindakan terselaras oleh Kerajaan dan BNM untuk menggalakkan lebih banyak aliran masuk ke dalam pasaran FX.
Permodalan bank-bank kekal kukuh bagi menyokong pertumbuhan ekonomi
- Kedudukan modal bank kekal kukuh untuk menghadapi kejutan potensi dan menyokong pertumbuhan pengantaraan kredit dalam ekonomi.
- Sistem perbankan mencatatkan lebihan penampan modal[7] sebanyak
5 bilion pada tarikh pelaporan.
Daya tahan sistem perbankan terus disokong oleh kualiti aset yang teguh
- Nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih secara keseluruhan kekal stabil masing-masing pada 1.6% dan 1%.
- Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) kekal pada tahap berhemat iaitu 120.9% daripada pinjaman terjejas, dengan peruntukan keseluruhan mencakupi 1.5% daripada jumlah pinjaman keseluruhan.
[1] Pengiraan inflasi teras tidak termasuk barangan yang harganya tidak menentu dan barangan yang harganya ditadbir. Nota: Mulai bulan Januari 2024, barangan dan perkhidmatan dalam kumpulan IHP diklasifikasikan semula berdasarkan set wajaran baharu.
[2] Komponen borong khusus lain termasuk petrol, pelincir, logam, cat, bahan binaan, serta kelengkapan dan pelekatan.
[3] Jualan runcit barang lain di kedai-kedai khusus termasuk kasut, pakaian, barang-barang kulit, jam tangan dan barang kemas.
[4] Terdiri daripada pinjaman kepada isi rumah dan syarikat bukan kewangan oleh sistem perbankan dan institusi kewangan pembangunan (IKP) serta bon korporat yang diterbitkan oleh syarikat bukan kewangan (termasuk kertas jangka pendek).
[5] Mulai penerbitan Sorotan dan Perangkaan Bulanan (Monthly Highlights and Statistics, MHS) bulan Disember 2022, siri ini diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti data pembiayaan. Siri data baharu ini tersedia dalam Jadual 2.18 MHS. Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.
[6] Negara serantau terdiri daripada Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Korea Selatan.
[7] Merujuk jumlah modal keseluruhan yang melebihi minimum pengawalseliaan, termasuk penampan pengekalan modal (2.5%) dan keperluan minimum yang lebih tinggi yang khusus kepada bank.
Sorotan Bulanan [PDF]
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.