Inflasi keseluruhan meningkat lebih tinggi, manakala inflasi teras[1] kekal tidak berubah
- Inflasi keseluruhan meningkat kepada 1.8% pada bulan Februari (Januari 2024: 1.5%), manakala inflasi teras kekal tidak berubah pada 1.8% (Januari 2024: 1.8%).
- Peningkatan inflasi didorong terutamanya oleh inflasi yang lebih tinggi untuk utiliti berikutan semakan kenaikan tarif air pada awal bulan Februari. Bagi inflasi teras, inflasi untuk makanan dari luar rumah yang lebih tinggi sebahagian besarnya diimbangi oleh inflasi yang lebih rendah untuk sewa sebenar yang dibayar oleh penyewa.
Indeks pengeluaran industri perkilangan kembali pulih kepada 3.7% pada bulan Januari 2024
- Indeks pengeluaran industri (industrial production index, IPI) perkilangan meningkat sebanyak 3.7% pada bulan Januari 2024 (Disember 2023: -1.4%).
- Pertumbuhan kelompok berorientasikan eksport meningkat berikutan pengeluaran produk kimia, getah dan plastik yang lebih kukuh manakala pengeluaran elektrik dan elektronik (E&E) mencatatkan pemulihan yang sederhana.
- Sementara itu, pertumbuhan kelompok berorientasikan dalam negeri bertambah baik, mencerminkan peningkatan pengeluaran peralatan pengangkutan dan bahan binaan.
Pertumbuhan mampan bagi kredit kepada sektor swasta bukan kewangan[2], [3]
- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.1% pada akhir bulan Februari 2024 (Januari 2024: 5%), disokong terutamanya oleh pertumbuhan pinjaman terkumpul yang lebih tinggi (5.6%; Januari 2024: 5.4%).
- Pertumbuhan pinjaman perniagaan terkumpul meningkat kepada 4.7% (Januari 2024: 4.3%), didorong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi bagi pinjaman modal kerja dan pinjaman berkaitan pelaburan. Sementara itu, pertumbuhan bon korporat terkumpul menurun kepada 3.3% (Januari 2024: 3.6%).
- Bagi isi rumah, pertumbuhan pinjaman terkumpul kekal stabil pada 6.1% (Januari 2024: 6%), dengan pertumbuhan yang berterusan merentas tujuan pinjaman utama. Yang ketara, pertumbuhan bagi pengeluaran pinjaman isi rumah kekal menggalakkan (11.1%; Januari 2024: 19%).
Pasaran kewangan didorong terutamanya oleh jangkaan pelabur global bahawa Federal Reserve AS akan mengekalkan kadar dasar yang tinggi untuk tempoh yang lebih lama
- Pasaran kewangan global bertindak balas terhadap jangkaan bahawa Federal Reserve AS akan membuat pemotongan kadar yang lebih sedikit dan mengekalkan kadar faedah dasar semasa yang tinggi untuk tempoh yang lebih lama berikutan penerbitan data pasaran pekerja AS yang kukuh serta inflasi teras yang kekal tinggi.
- Berlatarkan perkembangan ini, ringgit menurun nilai sebanyak 0.7% berbanding dolar AS (purata serantau[4]: -0.1%), manakala hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun meningkat sebanyak 7 mata asas (purata serantau4: +7 mata asas).
- Sementara itu, FBM KLCI didagangkan lebih tinggi sebanyak 2.5% berikutan aliran masuk ekuiti asing (purata serantau4: +3.1%).
Kedudukan mudah tunai dan pendanaan bank-bank kukuh untuk menyokong pengantaraan
- Sistem perbankan terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai berada pada 153.7% (Januari 2024: 160.2%).
- Agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya kekal stabil pada 81.8% (Januari 2024: 81.6%).
Kualiti aset sistem perbankan kekal utuh
- Nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih keseluruhan secara amnya kekal stabil masing-masing pada 1.6% dan 1%.
- Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) terus berada pada paras berhemat sebanyak 120% (Januari 2024: 120.8%) daripada jumlah pinjaman terjejas, dengan jumlah peruntukan mencakupi 1.5% daripada jumlah pinjaman.
[1] Pengiraan inflasi teras tidak termasuk barangan yang harganya tidak menentu dan barangan yang harganya ditadbir.
[2] Terdiri daripada pinjaman kepada isi rumah dan syarikat bukan kewangan oleh sistem perbankan dan institusi kewangan pembangunan (IKP) serta bon korporat yang diterbitkan oleh syarikat bukan kewangan (termasuk kertas jangka pendek).
[3] Mulai penerbitan Sorotan dan Perangkaan Bulanan (Monthly Highlights and Statistics, MHS) bulan Disember 2022, siri ini diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti data pembiayaan. Siri data baharu ini tersedia dalam Jadual 2.18 MHS.
[4] Negara serantau terdiri daripada Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Korea Selatan.
Sorotan Bulanan [PDF]
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.