Inflasi keseluruhan meningkat manakala inflasi teras kekal stabil
- Pada bulan Ogos, inflasi keseluruhan menurun sedikit kepada 1.9% (Julai 2024: 2%), manakala inflasi teras[1] kekal tidak berubah pada 1.9% (Julai 2024: 1.9%)
- Penurunan inflasi keseluruhan didorong terutamanya oleh inflasi yang lebih rendah bagi bekalan air dan makanan di luar rumah.
Pengeluaran perkilangan kekal kukuh pada bulan Julai 2024
- Indeks pengeluaran industri perkilangan terus meningkat sebanyak 7.7% pada bulan Julai 2024 (Jun 2024: 5.2%).
- Pertumbuhan kelompok berorientasikan eksport terus berkembang seperti yang dicatatkan oleh pengeluaran elektrik dan elektronik (electrical and electronics, E&E) yang lebih tinggi dan produk berkaitan sumber seperti kayu dan getah.
- Pertumbuhan mampan kelompok berorientasikan dalam negeri disokong oleh pengeluaran tembakau yang lebih tinggi dan serta pengeluaran produk pakaian dan subkluster automotif yang kembali pulih.
Pertumbuhan kredit kepada sektor swasta bukan kewangan menurun pada bulan Ogos
- Pertumbuhan kredit kepada sektor swasta bukan kewangan menurun kepada 5.3% pada akhir bulan Ogos (Julai 2024: 5.5%) berikutan pertumbuhan pinjaman terkumpul yang lebih rendah (5.8%; Julai 2024: 6.2%). Pertumbuhan bon korporat terkumpul meningkat kepada 3.2% (Julai 2024: 3%).
- Pertumbuhan pinjaman isi rumah kekal pada 6.2% (Julai 2024: 6.2%), dengan pertumbuhan yang stabil bagi kebanyakan tujuan, termasuk untuk pembelian rumah dan kereta.
- Pertumbuhan pinjaman perniagaan menurun kepada 5.2% (Julai 2024: 6%), disebabkan oleh pertumbuhan pinjaman modal kerja yang lebih perlahan dalam kalangan bukan PKS. Walau bagaimanapun, pertumbuhan pinjaman PKS mampan bagi tujuan modal kerja dan pelaburan.
Pasaran kewangan domestik sebahagian besarnya masih dipengaruhi oleh perkembangan luaran termasuk peningkatan jangkaan terhadap pelonggaran dasar monetari AS
- Pada bulan Ogos, jangkaan peserta pasaran kewangan beralih ke arah kemungkinan pemotongan kadar dasar yang lebih awal dan lebih menyeluruh oleh Federal Reserve AS, berikutan data ekonomi AS yang menandakan kelembapan bagi pasaran pekerja dan inflasi yang semakin mereda.
- Berlatarkan keadaan ini, ringgit menambah nilai sebanyak 6.7% berbanding dolar AS (purata serantau[2]: +4.2%). Kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (Malaysian Government Securities, MGS) 10 tahun kekal agak stabil dengan peningkatan sebanyak 4 mata asas (purata serantau2: -11 mata asas), manakala Indeks Komposit Bursa Malaysia Kuala Lumpur FTSE (FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Indeks, FBM KLCI) didagangkan 3.3% lebih tinggi (purata serantau2: +1.8%).
Kedudukan mudah tunai dan pendanaan bank-bank terus menyokong aktiviti pengantaraan
- Sistem perbankan terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai sebanyak 145.4% (Julai 2024: 150.8%).
- Agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya kekal stabil pada 83.8% (Julai 2024: 83%).
Daya tahan sistem perbankan terus disokong oleh kualiti aset yang utuh
- Nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih secara keseluruhannya kekal stabil masing-masing pada 1.6% dan 1%.
- Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) terus berada pada tahap berhemat sebanyak 123.8% daripada pinjaman terjejas (Julai 2024: 124.5%).
[1] Pengiraan inflasi teras tidak termasuk barangan yang harganya tidak menentu dan barangan yang harganya ditadbir.
[2] Negara serantau terdiri daripada Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia dan Korea Selatan.
Sorotan Bulanan [PDF]
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.