Langkah untuk Membantu Perniagaan dan Isi Rumah yang Terjejas oleh Wabak COVID-19
Embargo :27 Feb 2020
Bagi membantu perniagaan dan isi rumah yang terjejas oleh wabak COVID-19, Bank Negara Malaysia (BNM) memperuntukkan kemudahan pembiayaan berjumlah RM3.3 bilion di bawah Tabung BNM untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kemudahan pembiayaan ini bertujuan untuk menyediakan sokongan kepada PKS dalam meneruskan operasi perniagaan, mengekalkan pekerjaan dan menggalakkan pelaburan dalam negeri.
PKS yang berminat boleh memohon tiga jenis kemudahan pembiayaan seperti yang berikut:
PKS yang berminat boleh memohon terus daripada institusi kewangan peserta yang terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM. PKS juga boleh membuat permohonan secara dalam talian menerusi platform rujukan pembiayaan perniagaan di imsme.com.my.
Institusi kewangan peserta boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) bagi kemudahan pembiayaan ini.
Pembiayaan dan Sokongan Berterusan daripada Institusi Kewangan
Institusi kewangan juga komited untuk menyokong perniagaan dan isi rumah yang terjejas. Akses kepada pembiayaan yang lebih luas terus disediakan. Institusi kewangan menjangka akan meluluskan sebanyak kira-kira RM200 bilion pembiayaan perniagaan kepada PKS yang berdaya maju dan pembiayaan perumahan kepada isi rumah yang layak pada tahun 2020.
BNM mengalu-alukan usaha oleh institusi kewangan yang secara proaktif telah menyediakan bantuan kepada perniagaan yang berdaya maju dan isi rumah yang sedang menghadapi masalah kewangan sementara, dengan menstrukturkan dan menjadualkan semula kemudahan pembiayaan mereka, termasuk memberikan penangguhan (moratorium) bayaran balik pembiayaan. Pengendali insurans dan takaful juga turut memberikan jaminan bahawa pemegang polisi akan mendapat perlindungan bagi kemasukan ke hospital dan rawatan yang berkaitan dengan COVID-19 di hospital kerajaan dan swasta.
Orang ramai dinasihati supaya menghubungi terus pusat khidmat pelanggan institusi kewangan mereka bagi sebarang pertanyaan atau bantuan. Orang ramai juga boleh menghubungi TELELINK Bank Negara Malaysia melalui talian 1-300-88-5465 untuk maklumat lanjut atau bantuan.
Soalan Lazim mengenai Kemudahan Pembiayaan untuk Membantu PKS yang Terjejas Akibat Wabak COVID-19
Ciri-ciri Kemudahan Pembiayaan BNM untuk Membantu PKS Malaysia
|
Kemudahan Bantuan Khas (SRF) |
Kemudahan Agromakanan (AF) |
Kemudahan Automasi dan Digital PKS (ADF) |
---|---|---|---|
Peruntukan |
RM2 bilion |
RM1 bilion |
RM300 juta |
Objektif |
Meringankan beban aliran tunai jangka pendek yang dihadapi PKS yang terjejas oleh wabak COVID-19 |
Meningkatkan pengeluaran makanan negara dan untuk eksport |
Menggalakkan PKS untuk mengautomasikan proses dan mendigitalkan operasi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan. |
Kelayakan |
PKS[1] Malaysia yang terjejas oleh COVID-19 |
PKS Malaysia |
PKS Malaysia |
Tujuan |
Modal kerja |
|
Membeli kelengkapan, mesin, perkakasan dan perisian komputer, solusi dan perkhidmatan IT, perkhidmatan sokongan teknologi dan aset tak ketara lain untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan |
Kadar pembiayaan |
Sehingga 3.75% setahun (termasuk sebarang fi jaminan) |
Sehingga 3.75% setahun |
4.00% setahun |
Jumlah pembiayaan maksimum |
RM1 juta setiap PKS |
RM5 juta setiap PKS |
RM3 juta setiap |
Tempoh pembiayaan maksimum |
5.5 tahun, termasuk 6 bulan penangguhan (moratorium) bayaran balik pembiayaan |
8 tahun |
10 tahun |
Tempoh penyediaan kemudahan |
6 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 |
Mulai 6 Mac 2020 |
6 Mac 2020 hingga |
1 Definisi PKS oleh SME Corp - mempunyai sekurang-kurangnya 51% saham yang dipegang oleh rakyat Malaysia.
Bank Negara Malaysia
27 Februari 2020
? Bank Negara Malaysia, 2020. All rights reserved.