Kenyataan Bersama Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia: Perkembangan di Mesyuarat Ke-8 Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim
Embargo :1 Sep 2022
Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (Joint Committee on Climate Change, JC3) telah mengadakan mesyuarat kali kelapannya pada 29 Ogos 2022.
Jawatankuasa mengkaji semula kerja yang sedang dijalankan oleh jawatankuasa kecil[1] yang ditubuhkan di bawah JC3 dan mengambil maklum bahawa dengan peningkatan kesedaran dan usaha dalam kalangan institusi kewangan untuk mengukuhkan tindak balas terhadap risiko iklim, permintaan untuk alat praktikal dan gesaan untuk menangani jurang-jurang yang utama untuk menyokong peralihan juga telah meningkat.
Jawatankuasa akan terus memberikan tumpuan pada keutamaan yang berikut:
Ahli-ahli JC3 turut berbincang mengenai World Bank Group (WBG) and Asian Development Bank (ADB) ¨C Climate Risk Country Profile: Malaysia Report (laporan boleh didapati di sini). Laporan tersebut menggariskan risiko iklim negara Malaysia dan menyorot kesan bermulanya perubahan iklim yang pantas dan untuk jangka panjang ke atas masyarakat, mata pencarian dan ekonomi. Ahli-ahli JC3 berbincang tentang implikasinya terhadap institusi kewangan dan tindak balas mereka kepada perubahan iklim termasuk keutamaan penerapan dengan memberikan tumpuan khusus kepada kesihatan manusia, sektor pertanian dan zon perairan pantai.
Jessica Chew, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Pengerusi Bersama JC3, berkata, ¡°Kami gembira bahawa institusi kewangan semakin memberikan tumpuan dan mengambil tindakan nyata untuk menguruskan risiko berkaitan iklim. Walau bagaimanapun, kemajuan selanjutnya juga akan sangat bergantung pada pendorong utama, termasuk ketercapaian data dan pelaksanaan penzahiran yang lebih baik. JC3 terus komited untuk menangani cabaran ini seiring dengan peningkatan usaha untuk mempercepatkan kewangan peralihan (transition finance).¡±
JC3 akan terus mengadakan libat urus dengan pihak kementerian, agensi kerajaan dan korporat yang berkaitan untuk mengenal pasti keperluan pembiayaan mampan dan pembiayaan berkaitan iklim yang boleh digembleng melalui sektor kewangan. Menurut Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Pengerusi Bersama JC3, ¡°Dalam usaha memajukan tindakan iklim di Malaysia, penting bagi JC3 untuk mengadakan libat urus dan bekerjasama erat dengan pihak berkepentingan yang berkaitan. Bagi tujuan ini, JC3 telah menjalankan beberapa sesi libat urus, termasuk bermesyuarat dengan empat kementerian utama pada bulan Julai untuk menjalin kerjasama yang lebih erat dengan Kerajaan. Libat urus sedemikian telah memperjelas rancangan dan inisiatif negara yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama antara sektor kewangan dengan Kerajaan. Kedua-dua pihak boleh menyelaraskan tindakan iklim mereka dalam membangunkan ekosistem yang kondusif untuk kewangan mampan terus berkembang.¡±
Bank Negara Malaysia
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
1 September 2022
Mengenai JC3
JC3 merupakan platform yang ditubuhkan pada bulan September 2019 untuk melaksanakan tindakan kerjasama bagi membangunkan daya tahan iklim dalam sektor kewangan Malaysia. JC3 dipengerusikan bersama oleh Datuk Jessica Chew Cheng Lian, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia dan Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin, Timbalan Ketua Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dengan ahli-ahli yang terdiri daripada pegawai kanan Bursa Malaysia dan 21 peserta industri kewangan serta pakar-pakar yang berkaitan. Inisiatif dan keutamaan JC3 di bawah tanggungjawab lima jawatankuasa kecilnya, iaitu Pengurusan Risiko; Tadbir Urus dan Penzahiran; Produk dan Inovasi; Penglibatan dan Pembinaan Keupayaan serta Menangani Jurang Data.
Ahli-ahli: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, AmBank (M) Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank), BIMB Investment Management Berhad, BNP Paribas Asset Management Sdn. Bhd., Bursa Malaysia Berhad, CIMB Bank, Etiqa Family Takaful Berhad, HSBC Amanah Malaysia Berhad, Kenanga Investors Berhad, Maybank Berhad, MIDF Amanah Investment Bank Berhad, MSIG Insurance (Malaysia) Berhad, RHB Islamic Bank Berhad, RHB Islamic International Asset Management Bhd., Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, Swiss Re Asia Pte. Ltd. (Swiss Retakaful), Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, UOB Asset Management (Malaysia) Berhad dan Zurich General Insurance Malaysia Berhad.
[1] Pengurusan Risiko; Tadbir Urus dan Penzahiran; Produk dan Inovasi; Penglibatan dan Pembinaan Keupayaan; dan Menangani Jurang Data
[2] Task Force on Climate-related Financial Disclosures
[3] Diterbitkan npada 29 Jun 2022
Bank Negara Malaysia
1 September 2022
? Bank Negara Malaysia, 2022. All rights reserved.