Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 29 Februari 2024
Embargo :7 Mac 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD114.3 bilion pada 29 Februari 2024. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan[1] dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
[1] Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiayai 6.8 bulan import barangan tertangguh. Maklumat lanjut mengenai penunjuk baharu ini boleh didapati dalam rencana ¡°Peluasan Ukuran Liputan Rizab bagi Import ¨C daripada Import Tertangguh kepada Import Barangan dan Perkhidmatan¡± dalam Buletin Suku Tahunan BNM ¨C Suku Keempat 2021, muka surat 27, yang boleh diakses melalui pautan bnm.gov.my/-/buletin-suku-tahunan-suku-keempat-2021.
Bank Negara Malaysia
7 Mac 2024
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.