Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 15 Oktober 2024
Embargo : Untuk siaran segera Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 1500 pada Selasa, 22 Oktober 202422 Okt 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah USD119.6 bilion pada 15 Oktober 2024. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan[1], dan 0.9 kali[2] jumlah hutang luar negeri jangka pendek[3].
[1] Di bawah ukuran liputan import terdahulu, paras rizab memadai untuk membiay ai 5.6 bulan import barangan tertangguh. Maklumat lanjut mengenai penunjuk baharu ini boleh didapati dalam rencana ¡°Peluasan Ukuran Liputan Rizab bagi Import ¨C daripada Import Tertangguh kepada Import Barangan dan Perkhidmatan¡± dalam Buletin Suku Tahunan BNM ¨C Suku Keempat 2021, muka surat 27, yang boleh diakses melalui pautan bnm.gov.my/-/buletin-suku-tahunan-suku-keempat-2021.
[2] Nisbah ini merangkumi data terkini yang tersedia tentang rizab (setakat 15 Oktober 2024) dan hutang luar negeri jangka pendek (tersedia setakat S2 2024). Mengikut amalan lazim, hutang luar negeri jangka pendek dinilai menggunakan kadar pertukaran setakat S2 2024.
[3] Hutang luar negeri jangka pendek terdiri daripada peminjaman oleh bukan pemastautin dengan kematangan satu tahun atau kurang. Jumlah ini kebanyakannya disumbangkan oleh bank-bank tempatan berhubung dengan operasi mudah tunai mata wang asing mereka dan syarikat multinasional (multinational companies, MNC) (termasuk bank-bank asing) yang membuat pinjaman daripada bank induk/ibu pejabat mereka di luar negeri. Kesemua obligasi ini boleh dipenuhi oleh operasi biasa menerusi pemegangan aset luaran mereka dan tidak melibatkan penggunaan rizab antarabangsa BNM.
Bank Negara Malaysia
22 Oktober 2024
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.