Pernyataan Jawatankuasa Pasaran Kewangan Mengenai Pasaran Pertukaran Asing Ringgit
Embargo :8 Apr 2024
Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Markets Committee, FMC) hari ini telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkembangan terkini pasaran pertukaran asing ringgit.
Selepas mesyuarat FMC yang terakhir pada 1 Mac 2024, pergerakan ringgit dan mata wang serantau terus didorong oleh faktor-faktor global, khususnya ketidakpastian mengenai jangka masa dan tahap pelarasan kadar faedah oleh bank-bank pusat global. Hal ini terus dibuktikan oleh data pasaran pekerja Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan pada 5 April 2024 yang menunjukkan ekonomi AS yang lebih berdaya tahan, lantas meningkatkan risiko Federal Reserve AS mengekalkan kadar faedah yang lebih tinggi bagi tempoh yang lebih lama. Walau bagaimanapun, mesyuarat menyatakan bahawa jangkaan pasaran terus kekal bagi Federal Reserve AS untuk menurunkan kadar faedah pada separuh kedua tahun 2024.
Mesyuarat menyatakan bahawa pada pagi ini, ringgit didagangkan dalam keadaan yang teratur. Nilai ringgit pada waktu dagangan dibuka adalah pada 4.7475, iaitu nilai yang sama semasa waktu dagangan ditutup pada akhir hari Jumaat lepas, dan pergerakannya selaras dengan mata wang serantau lain.
Mesyuarat telah membincangkan secara lanjut kesan usaha-usaha terselaras yang dilaksanakan bagi menggalakkan aliran masuk yang lebih konsisten oleh syarikat berkaitan kerajaan (government-linked companies, GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (government-linked investment companies, GLIC) serta libat urus yang lebih meluas dengan syarikat korporat dan perniagaan di Malaysia. Hal ini termasuk:
Mesyuarat berpandangan bahawa usaha-usaha terselaras yang sedang dilaksanakan dapat dikekalkan berikutan tumpuan yang diberikan pada pendapatan pelaburan dan hasil eksport yang bersifat berulang. Selain itu, pengukuhan ringgit yang lebih berterusan mampu meningkatkan minat yang lebih meluas untuk penukaran FX oleh syarikat korporat yang mempunyai lebihan pegangan mata wang asing, lantas memberikan sokongan lanjut terhadap sentimen ringgit. Mesyuarat ini khususnya terdorong oleh usaha-usaha yang dipertingkatkan oleh BNM bagi menggalakkan penukaran FX oleh syarikat korporat dan perniagaan Malaysia.
Pengerusi FMC dan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, ˇ°Tahap ringgit pada masa ini adalah di bawah nilai saksama meskipun asas-asas ekonomi Malaysia terus kukuh dan prospek ekonomi adalah positif.ˇ± Berhubung dengan kebimbangan yang berlarutan dalam kalangan peserta pasaran, beliau juga menegaskan, "BNM tidak mempertimbangkan kawalan modal atau sekatan seperti yang dilaksanakan semasa Krisis Kewangan Asia (Asian Financial Crisis, AFC) disebabkan oleh potensi kesan buruk terhadap ekonomi."
Mengenai Jawatankuasa Pasaran Kewangan (Financial Markets Committee, FMC)
FMC ialah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh BNM pada bulan Mei 2016 dan terdiri daripada wakil BNM, institusi kewangan, syarikat korporat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain yang mempunyai peranan atau penyertaan penting dalam pasaran kewangan.
[1] Prestasi mata wang serantau (daripada 26 Februari hingga 5 April): KRW (-1.6%), THB (-1.5%), IDR (-1.4%), CNY (-0.5%), SGD (-0.3%)
Bank Negara Malaysia
8 April 2024
? Bank Negara Malaysia, 2024. All rights reserved.