Rangka Kerja Pendekatan Pengawalseliaan Teknologi Kewangan (Sandbox)
Embargo :18 Okt 2016
Bank Negara Malaysia (Bank) hari ini mengeluarkan maklumat terperinci Rangka Kerja Pendekatan Pengawalseliaan [Teknologi Kewangan] (Sandbox) berikutan tempoh pengumpulan maklum balas selama sebulan terhadap Rangka Kerja cadangan yang dikeluarkan pada 29 Julai 2016. Sandbox pendekatan pengawalseliaan ini membolehkan eksperimen penyelesaian fintech dibuat dalam situasi sebenar, tertakluk kepada pelindung dan keperluan pengawalseliaan yang bersesuaian.
Lebih daripada 60 komen dan cadangan diterima daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk institusi kewangan, syarikat fintech, persatuan dan badan korporat lain. Berikutan komen dan cadangan yang diterima, Bank telah memperluas kriteria kelayakan yang bertujuan untuk memberikan kejelasan mengenai fokus inovasi yang disokong oleh sandbox. Inovasi hendaklah mempunyai potensi yang jelas untuk:
Standard dan keperluan minimum bagi penyertaan dalam sandbox juga dikaji semula untuk menarik lebih banyak penyertaan syarikat fintech. Pemohon kepada sandbox hendaklah menunjukkan bahawa sesuatu produk, perkhidmatan atau penyelesaian telah dibangunkan ke tahap fungsian dan sedia untuk diuji. Pemohon juga hendaklah mempunyai pemahaman yang baik mengenai risiko semasa ujian dijalankan, dengan sumber yang mencukupi komited untuk menguruskan risiko dengan berkesan.
Bank Negara Malaysia akan memberitahu pemohon mengenai kelayakan mereka untuk menyertai sandbox dalam masa 15 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap. Ini akan disusuli perbincangan dan interaksi persediaan antara Bank dengan pemohon sebelum ujian dijalankan.
Encik Aznan Abdul Aziz, Pengerusi Kumpulan Penggerak Teknologi Kewangan (Financial Technology Enabler Group, FTEG) berkata, ¡°Rangka Kerja ini mencerminkan dasar Bank sekian lama untuk mencapai keseimbangan optimal antara usaha menggalakkan inovasi dengan usaha memelihara kestabilan kewangan dan melindungi kepentingan pengguna. Berdasarkan tahap pertanyaan dan maklum balas yang diterima sepanjang tempoh sebulan itu, Bank bersedia menerima permohonan untuk menguji idea baharu dan menggunakan penyelesaian baharu di bawah sandbox¡±.
Rangka Kerja yang telah dimuktamadkan ini bertujuan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi penggunaan teknologi kewangan untuk menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kewangan yang boleh menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan sektor kewangan Malaysia.
Rangka Kerja ini berkuat kuasa serta-merta dan kini dibuka untuk permohonan.
Rujuk juga: Financial Technology Regulatory Sandbox Framework
Bank Negara Malaysia
18 Oktober 2016
? Bank Negara Malaysia, 2016. All rights reserved.