Ucapan & Wawancara
Pilih mengikut tahun
Pilih mengikut Penyampai
Pilih mengikut tahun
Pilih mengikut Penyampai
Ucapan Alu-aluan oleh Timbalan Gabenor Marzunisham Omar
di Majlis Makan Malam Penghargaan Industri Sempena Ulang Tahun RENTAS ke-25
Kuala Lumpur | 18 September 2024
Assalamu'alaikum dan selamat malam,
Hadirin yang dihormati, rakan-rakan seperjuangan, tuan-tuan dan puan-puan.
Pelancaran RENTAS pada tahun 1999
Saya berbesar hati kerana dapat bersama tuan-tuan dan puan-puan pada malam ini untuk meraikan satu kejayaan yang luar biasa, iaitu ulang tahun ke-25 RENTAS. Majlis malam ini bukan sahaja menyambut kejayaan sejak suku abad lepas, tetapi juga meraikan kerja keras, dedikasi dan usaha bersama setiap seorang daripada anda yang telah membawa RENTAS ke tahap seperti sekarang.
Pelancaran RENTAS pada 22 Jun 1999, 25 tahun yang lalu, merupakan satu usaha ketara dalam meningkatkan kecekapan, kepastian dan kemuktamadan urus niaga kewangan di Malaysia.
Di bawah SPEEDS, sistem penyelesaian bersih kita sebelum ini, urus niaga antara institusi kewangan telah diagregatkan dan diselesaikan hanya pada penghujung hari operasi. Keadaan ini mendedahkan peserta kepada risiko kredit dan mudah tunai, kerana kedudukan bersih akhir hanya diketahui pada waktu tamat operasi, lantas menyebabkan potensi kelewatan dan ketidakpastian.
Penubuhan sistem RENTAS telah mengubah semua ini. Melalui penyelesaian kasar masa nyata, setiap urus niaga diselesaikan secara individu dan dalam masa nyata merentas rekod Bank Negara Malaysia, lantas menghasilkan kemuktamadan serta-merta dan menghapuskan risiko penyelesaian. Hal ini memastikan bahawa dana tersedia sebaik sahaja urus niaga diproses, sekali gus meningkatkan pengurusan mudah tunai peserta.
Kesan transformasi RENTAS terhadap infrastruktur pasaran kewangan dan sistem kewangan negara tidak berakhir dengan pelancarannya. Sebilangan inisiatif yang membawa perubahan, menghasilkan impak dan menjana transformasi terus dilaksanakan sepanjang 25 tahun selepas pelancaran RENTAS pada tahun 1999.
Transformasi RENTAS
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sejak tahun 1999, melalui usaha kerjasama institusi-institusi kewangan peserta dan Bank Negara Malaysia, RENTAS telah bertukar daripada sistem penyelesaian kendiri yang tertumpu di dalam negara kepada infrastruktur pasaran kewangan bersepadu secara global.
Transformasi ini merangkumi beberapa dimensi utama:
Transformasi RENTAS ini telah menghasilkan beberapa pencapaian ulung:
Transformasi sepanjang 25 tahun ini menjadi bukti komitmen kita terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam industri perkhidmatan kewangan, serta meletakkan RENTAS sebagai peneraju dalam memupuk ekosistem kewangan yang berdaya tahan dan saling berkait.
Wawasan Masa Hadapan
Tuan-tuan dan puan-puan,
Sambutan ulang tahun ke-25 ini tidak bermakna tugas kita telah selesai. Kita mesti terus bekerjasama erat untuk meneruskan usaha dan mengukuhkan kedudukan infrastruktur pasaran kewangan negara untuk 25 tahun seterusnya, memastikan RENTAS terus mampu menjadi pemangkin, pendorong dan penyokong pertumbuhan pasaran kewangan dan sistem kewangan kita.
Wawasan berkaitan RENTAS sentiasa jelas iaitu untuk mewujudkan satu sistem yang bukan sahaja memenuhi keperluan hari ini tetapi juga memenuhi tuntutan masa hadapan dan bertindak sebagai pemangkin kepada penambahbaikan sistem kewangan Malaysia.
Untuk mencapai matlamat ini, pada bulan Februari, BNM telah menerbitkan satu kertas perbincangan yang menggariskan rancangan untuk memodenkan RENTAS. Kertas kerja ini memberi tumpuan kepada dua bidang utama: memastikan RENTAS kekal utuh untuk masa hadapan serta mempertingkatkan pengurusan risiko dan fungsi pengguna.
Empat teras utama yang memacu pemodenan RENTAS adalah:
Semua inisiatif ini direka bentuk untuk mempertingkatkan infrastruktur kewangan negara dan memastikan RENTAS terus menjadi pelopor inovasi dan kecekapan.
Berdasarkan teras-teras utama di atas, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan, termasuk:
Secara keseluruhannya, kami teruja untuk memulakan langkah pemodenan ini bersama pihak industri dan membolehkan RENTAS mencapai potensi sepenuhnya. Pemodenan RENTAS mencerminkan iltizam kami untuk memacu pembaharuan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan kewangan. Kami yakin usaha ini akan membuka laluan kepada ekosistem kewangan yang lebih dinamik, berdaya tahan dan saling berkait.
Penghargaan kepada Peserta
Tuan-tuan dan puan-puan,
Majlis sambutan pada malam ini juga merupakan peluang untuk Bank Negara Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama kami dalam usaha ini. Kepada semua peserta iaitu bank perdagangan, bank Islam, bank pelaburan, syarikat korporat, institusi kewangan pembangunan (IKP), pusat penjelasan dan rakan baharu kami, bank digital, sokongan dan komitmen anda yang tidak berbelah bahagi merupakan sebab kejayaan kita.
Kami juga ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pasukan dan individu yang membina dan memperhalusi RENTAS, serta kepada mereka yang terus meluaskan kejayaannya. Dedikasi dan kerja keras tuan-tuan dan puan-puan menjadi asas kepada pencapaian RENTAS.
Sambil kita maju ke hadapan, marilah kita mengingati kepentingan kerjasama. Dengan usaha bersama, kita boleh merungkai potensi yang lebih besar, memperkemas proses dan memupuk ekosistem yang lebih cekap dan inovatif.
Terima kasih sekali lagi kerana menyertai kami pada malam ini dan kerana menyertai perjalanan luar biasa RENTAS. Marilah kita bekerjasama untuk memastikan RENTAS terus berjaya dan maju pada tahun-tahun mendatang.
Saya akhiri kata-kata saya dengan harapan tuan puan terus menikmati acara majlis pada malam ini. Terima kasih.