Bank Negara Malaysia dan Bank Dunia menilai risiko kewangan berkaitan alam semula jadi untuk bank-bank di Malaysia
Embargo :15 Mac 2022
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini menerbitkan laporan bertajuk ¡°An Exploration of Nature-related Financial Risks in Malaysia¡±.
Kajian awal yang dijalankan oleh BNM bersama Bank Dunia ini menggunakan data tempatan serta global untuk mengkaji hubungan antara sektor kewangan Malaysia dengan alam semula jadi. Kajian ini juga menilai potensi dedahan kepada risiko berkaitan alam semula jadi melalui aktiviti pembiayaan mereka.
Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Nor Shamsiah berkata, ¡°Ekosistem dan kesihatan planet penting bagi kestabilan ekonomi dan kewangan. Walaupun pada dasarnya tanggungjawab menangani keutamaan ini terletak pada kerajaan, industri dan pihak berkuasa kewangan mempunyai kepentingan yang besar dalam meningkatkan pemahaman dan penghayatan kita terhadap interaksi antara risiko berkaitan iklim dengan alam semula jadi kerana cara risiko ini berkembang mempengaruhi dan dipengaruhi oleh tindakan institusi kewangan.¡±
¡°Dengan mengenal pasti dan mengukur risiko kewangan berkaitan alam semula jadi ini, pihak berkuasa akan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mengutamakan inisiatif dalam skop mandat mereka bagi menguruskan kebimbangan ini,¡± kata Ndiame Diop, Country Director Bank Dunia bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand. ¡°Kami gembira dapat bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia bagi menyokong kepimpinan mereka dalam isu ini. Laporan ini adalah yang pertama seumpamanya diterbitkan oleh sebuah bank pusat di Asia. Kami berharap usaha ini akan menjadi contoh kepada negara lain yang menghadapi cabaran yang serupa,¡¯ tambah Ndiame.
Laporan ini menjadi pencetus kepada kajian lanjut mengenai risiko berkaitan alam semula jadi serta menyerlahkan peri pentingnya usaha menangani kemusnahan alam semula jadi dan perubahan iklim secara koheren. Laporan ini juga mengiktiraf peluang untuk memanfaatkan kemajuan yang dicapai berhubung dengan inisiatif iklim untuk menangani risiko berkaitan alam semula jadi yang lebih luas. Bank Negara Malaysia akan terus berbincang dan berinteraksi dengan sektor kewangan dan pihak-pihak berkepentingan utama lain bagi membina keupayaan dalam bidang ini.
Muat turun laporan penuh di sini.
Bank Negara Malaysia
Bank Dunia
Bank Negara Malaysia
15 Mac 2022
? Bank Negara Malaysia, 2022. All rights reserved.