Bantuan tambahan untuk PKS dan individu di bawah Belanjawan 2022
Embargo :29 Okt 2021
Bank Negara Malaysia (BNM) ingin berkongsi maklumat lanjut mengenai bantuan tambahan yang akan dilaksanakan oleh BNM dan industri kewangan seperti yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2022 oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.
Penambahbaikan Dana BNM untuk PKS
BNM akan membuat beberapa penambahbaikan kepada Dana BNM untuk PKS bagi menyokong perniagaan yang terjejas akibat pandemik.
Peruntukan di bawah dua kemudahan sedia ada akan ditambah:
BNM juga akan mewujudkan dua kemudahan pembiayaan baharu yang akan tersedia mulai bulan Januari 2022:
Semua penambahbaikan ini merupakan peningkatan sebanyak RM4.5 bilion dalam peruntukan bagi Dana BNM untuk PKS.
Selain kemudahan ini, kemudahan lain terus ditawarkan di bawah Dana ini termasuk Kemudahan Teknologi Tinggi ¨C Aspirasi Pelaburan Nasional (High Tech Facility ¨C National Investments Aspirations, HTF-NIA), Kemudahan Automasi dan Digital PKS (SME Automation and Digitalisation Facility, ADF) dan Kemudahan Perusahaan Mikro (Micro Enterprises Facility, MEF). Secara keseluruhan, jumlah dana yang tersedia di bawah Dana BNM untuk PKS adalah sebanyak RM11.2 bilion.
Untuk maklumat lanjut, sila layari bnm.gov.my/covid19.
Peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta untuk usahawan mikro daripada kumpulan berpendapatan rendah melalui iTEKAD
iTEKAD ialah program pembiayaan sosial campuran oleh bank-bank Islam yang menawarkan modal benih (seed capital), pembiayaan mikro dan latihan berstruktur kepada usahawan mikro dengan kerjasama rakan-rakan pelaksana. Bagi mengembangkan lagi inisiatif tersebut untuk menggalakkan penyertaan yang lebih banyak daripada institusi kewangan, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi meningkatkan modal benih program tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari bnm.gov.my/covid19.
Pelanjutan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) dan pengecualian duti setem
Program PTV akan diteruskan pada tahun 2022, dengan penambahan nilai baucar daripada RM50 kepada RM75. Di bawah program ini, penerima B40 yang layak akan diberikan baucar yang boleh dibelanjakan untuk membeli produk Perlindungan Tenang daripada penanggung insurans dan pengendali takaful. Produk Perlindungan Tenang merupakan pelan insurans atau takaful asas yang mudah dan mampu dibayar. Untuk maklumat lanjut, sila layari mycoverage.my/perlindungan_tenang dan www.myptv.my bagi menyemak kelayakan mendapatkan baucar.
Kerajaan juga akan melanjutkan pengecualian duti setem untuk produk insurans dan takaful dengan premium/sumbangan tahunan kurang daripada RM150 bagi individu dan RM250 bagi PKS mikro.
Secara kolektif, semua langkah ini akan membolehkan rakyat Malaysia menikmati liputan perlindungan yang lebih mampu dibayar.
Lihat juga:
Bank Negara Malaysia
29 Oktober 2021
? Bank Negara Malaysia, 2021. All rights reserved.