Breadcrumb

Sandbox Intro 2024

 

Sandbox Pengawalseliaan dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan persekitaran pengawalseliaan yang kondusif bagi penggunaan fintech dan menggalakkan inovasi secara menyeluruh dalam sektor kewangan di Malaysia.

Memandangkan kemajuan fintech telah mendorong kepada pembentukan model dan penyelesaian perniagaan yang baharu, Sandbox Pengawalseliaan dapat menggalakkan inovasi dan penyampaian khidmat kewangan dengan memberikan fleksibiliti pada penyelesaian fintech yang menawarkan nilai sebenar untuk diuji dalam persekitaran pengeluaran atau persekitaran sebenar. Fleksibiliti sebegini akan disertai dengan perlindungan yang sewajarnya bagi memelihara kestabilan kewangan, integriti transaksi kewangan, memastikan amalan perniagaan yang saksama dan layanan yang adil terhadap pengguna.

Sandbox Pengawalseliaan mengandungi dua trek:

  • Sandbox Standard merujuk kepada prosedur standard yang diperkenalkan pada bulan Oktober 2016 bagi membenarkan syarikat fintech untuk menguji penyelesaian inovatif; dan 
  • Lorong Hijau ialah trek dipercepatkan, yang diperkenalkan pada bulan Februari 2024, yang menyediakan cara lebih mudah dan cepat untuk institusi kewangan dengan rekod keupayaan pengurusan risiko yang kukuh untuk menguji penyelesaian inovatif yang menghadapi halangan peraturan kawal selia.

Gambar rajah di bawah menunjukkan perbandingan antara Sandbox Standard dan Lorong Hijau.

Activity in the Sandbox

Aktiviti dalam Sandbox

(Setakat 19 Jun 2024)

125
Permohonan
yang dikemukakan
sehingga kini

Bilangan permohonan mengikut sektor

Insurans 34
Perkhidmatan Wang 26
Pembayaran 22
Perbankan & Pemberian Pinjaman 18
Lain-lain 25

(Jumlah pemohon terkumpul sejak penubuhan Sandbox Pengawalseliaan)

Pemohon-pemohon yang sedang diuji dalam Sandbox

Nama Syarikat Produk Tarikh Mula
Censof Maal Sdn Bhd InsureKU April 2024
Ouch Protect Berhad Pusara Pro August 2023
Fi Life Sdn Bhd Insurans hayat Februari 2023
Tune Protect Ventures Sdn Bhd SME EZY and FLEXI Januari 2023
DearTime Bhd Insurans hayat June 2022
Jirnexu Sdn Bhd RinggitPlus Oktober 2017

Sandbox Principles 2024

Prinsip di Sebalik Sandbox

Pembentukan Rangka Kerja Sandbox dan usaha yang lebih luas oleh Bank untuk menggalakkan inovasi dalam perkhidmatan kewangan adalah berpandukan tiga prinsip utama:

Kesetaraan

Keseimbangan

Keberkecualian

Oleh itu, keperluan pengawalseliaan dan parameter risiko yang akan dikenakan pada peserta Sandbox akan ditentukan mengikut kes berdasarkan prinsip di atas.

Sandbox Self Assessment 2024

Adakah Sandbox sesuai untuk anda?

Lakukan penilaian kendiri pantas sama ada Sandbox sesuai untuk anda.

Adakah model perniagaan atau cadangan penyelesaian anda merupakan aktiviti yang dikawal selia di bawah BNM?

Adakah terdapat keperluan kawal selia yang menimbulkan cabaran untuk model perniagaan anda?

Adakah anda mempunyai rancangan perniagaan yang realistik dan sumber yang mencukupi untuk menyokong ujian produk anda dalam persekitaran pasaran secara langsung?

Adakah anda sebuah institusi kewangan?

Adakah anda rakan kongsi dengan institusi kewangan untuk menguji cadangan penyelesaian anda?

Sandbox Pengawalseliaan tidak terpakai kepada anda. Sandbox bertujuan sebagai satu jalan bagi BNM untuk mempertimbangkan pemberian fleksibiliti kawal selia untuk memudahkan perkembangan perkhidmatan kewangan yang inovatif dengan cadangan nilai tulen yang sebaliknya mungkin terhalang disebabkan oleh peraturan. Salah satu syarat yang perlu ialah model perniagaan anda berkaitan dengan skop aktiviti dan entiti di bawah kawal selia BNM. Anda boleh merujuk halaman Peraturan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peraturan kawal selia BNM.

Anda boleh mempertimbangkan untuk memohon sama ada Sandbox Standard atau Lorong Hijau jika layak. Kunjungi halaman Garis Panduan Permohonan untuk butiran lanjut.

Anda boleh mempertimbangkan untuk memohon Sandbox Standard. Kunjungi halaman Garis Panduan Permohonan untuk butiran lanjut.

Anda harus membuat kemajuan selanjutnya dalam pembangunan komersial dan perniagaan bagi penyelesaian yang dicadangkan sebelum anda memohon Sandbox.

Anda juga boleh mengunjungi laman web FAOM untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Bimbingan dan Pra-saringan Sandbox sebelum membuat permohonan Sandbox.

Sandbox tidak berkenaan kepada anda

 

Learn More--Regulatory Sandbox 2024

Ketahui Lebih Lanjut Mengenai Sandbox

Memahami Peraturan Kawal Selia

Ketahui tentang peraturan kawal selia dan peranan Bank dalam sektor kewangan.

Kunjungi halaman

Garis Panduan Permohonan

Ketahui tentang proses permohonan dan proses penilaian Sandbox Standard dan Lorong Hijau. Kunjungi halaman

Lihat juga:
Borang Permohonan Sandbox Standard
Borang Permohonan Lorong Hijau

Kisah Sandbox

Ketahui lebih lanjut tentang sejarah Sandbox Pengawalseliaan.

Baca

Piawaian dan Garis Panduan

Senarai piawaian dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank berkaitan dengan Sandbox Pengawalseliaan disediakan untuk rujukan orang ramai.

Kunjungi halaman

Soalan Lazim

Jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai Sandbox Pengawalseliaan, anda mungkin mendapat jawapannya di halaman ini.

Kunjungi halaman

Program Bimbingan dan Pra-saringan Sandbox FAOM

Ketahui tentang Program Bimbingan dan Pra-saringan Sandbox oleh Fintech Association of Malaysia (FAOM)

Kunjungi laman web