Soalan Lazim Sandbox
Peringkat Awal
Rangka Kerja Sandbox Pengawalseliaan diperkenalkan untuk menggalakkan inovasi dan penyampaian khidmat kewangan dengan memberikan fleksibiliti pada penyelesaian fintech yang memberikan tawaran nilai sebenar untuk diuji dalam persekitaran pengeluaran atau persekitaran sebenar. Fleksibiliti sebegini akan disertai dengan perlindungan yang sewajarnya bagi memelihara kestabilan kewangan dan layanan yang adil terhadap pengguna.
Baca lebih lanjut tentang Sandbox di siniSandbox terbuka kepada semua syarikat fintech termasuk mereka yang tidak mempunyai premis di Malaysia, tetapi berminat untuk menawarkan perkhidmatan mereka dalam pasaran Malaysia.
Tiada had tertentu untuk jumlah peserta dalam Sandbox. Bank akan mempertimbangkan jumlah peserta yang dapat disokong secara efektif pada sebarang waktu diberikan.
Tidak, Sandbox juga dibuka kepada semua syarikat fintech. Walau bagaimanapun, syarikat fintech yang bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan mempunyai kelebihan hasil bimbingan dan sokongan yang diperoleh daripada rakan kongsi FI.
Pasukan Sandbox boleh dihubungi melalui e-mel fintech@bnm.gov.my
Pra Permohonan
- Anda boleh menjangka untuk menerima pengesahan permohonan anda dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
- Permohonan anda akan dinilai berdasarkan kriteria kelayakan yang ditentukan di bawah Seksyen 5 Rangka Kerja Sandbox Pengawalseliaan. Proses ini biasanya melibatkan beberapa perbincangan untuk lebih memahami model perniagaan yang anda cadangkan.
- Keputusan tentang permohonan anda akan diberikan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diserahkan kepada Bank.
- Cepat atau lambatnya proses yang melalui tahap permohonan bergantung sama ada maklumat yang diberikan lengkap dan penyelesaian anda bersedia untuk diuji dalam persekitaran sebenar.
Anda harus merujuk panduan permohonan di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Anda boleh merujuk ke halaman Pengawalseliaan untuk maklumat tentang kegiatan yang dikawal selia.
Anda boleh bertanya kepada fintech@bnm.gov.my.
Permohonan
YouAnda boleh menghantar Borang Permohonan Sandbox melalui e-mel kepada fintech@bnm.gov.my
Sebelum mengemukakan permohonan, anda perlu memastikan bahawa anda telah membaca dan memahami panduan permohonan di laman ini secara terperinci.
Permohonan anda akan dinilai berdasarkan kriteria kelayakan yang ditentukan di bawah Seksyen 5 Rangka Kerja Sandbox Pengawalseliaan. Penilaian ini biasanya melibatkan beberapa perbincangan untuk memahami model perniagaan anda dengan lebih baik. Anda perlu merujuk panduan permohonan di laman ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Apabila permohonan ditolak, anda akan diberikan sebab yang terperinci atas penolakan tersebut. Anda juga boleh menghubungi pasukan Sandbox jika anda memerlukan penjelasan lebih lanjut tentang maklum balas kami.
Ya, semua maklumat yang diserahkan kepada BNM untuk tujuan Sandbox Pengawalseliaan akan dianggap sebagai sulit.
Ujian
- Sepanjang tempoh ujian sebenar, pemohon perlu memberikan laporan berkala tentang kemajuan ujian. Pemohon juga perlu membuat persiapan untuk langkah seterusnya setelah ujian tamat.
- Pemohon juga diharapkan bersedia untuk keluar daripada Sandbox, bergantung pada kejayaan atau kegagalan ujian.
- Tempoh ujian awal yang dikenakan maksimum 12 bulan. Tambahan masa kepada tempoh ujian boleh dipertimbangkan dan akan dinilai berdasarkan kes.
- Untuk melanjutkan tempoh ujian, permohonan bertulis mesti dihantar oleh peserta kepada Bank selewat-lewatnya 30 hari kalendar sebelum tamatnya tempoh ujian. Permohonan harus perlu menyatakan masa tambahan yang diperlukan dengan sebab yang munasabah.
- Sekiranya pemohon mengalami masalah besar semasa ujian dan perlu menghentikan operasinya, pasukan Sandbox perlu diberitahu secepat mungkin.
- Pemohon perlu memastikan ujian Sandbox ditamatkan dengan teratur dan mengurangkan kesan terhadap pelanggan.
Pemohon yang belum berjaya mencapai KPI ujian perlu memberikan alasan kegagalan dan menentukan langkah yang sesuai seterusnya. Langkah ini termasuk operasi penutupan yang teratur, atau mempertimbangkan perubahan pada model perniagaan dan pengaturan perniagaan alternatif.
Kelulusan untuk menjalani ujian melalui Sandbox dapat dilihat sebagai 'permit pelajar'. Lesen atau kelulusan penuh tidak semestinya dijamin selepas ujian.
Kelulusan untuk menyertai Sandbox dan sebarang fleksibiliti pengawalseliaan yang diberikan akan berakhir secara automatik, kecuali jika kelulusan bertulis untuk melanjutkan tempoh ujian telah diberikan sebelum itu.
Setelah selesai ujian, Bank akan membuat keputusan sama ada untuk membenarkan produk, perkhidmatan atau penyelesaian yang diuji untuk diperkenalkan di pasaran pada skala yang lebih luas. Sekiranya dibenarkan, peserta dalam kalangan syarikat-syarikat fintech yang ingin menjalankan perniagaan yang dikawal selia akan dinilai berdasarkan kriteria pelesenan, kelulusan dan pendaftaran yang sesuai di bawah FSA, IFSA dan MBSA, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Soalan Lazim Sandbox
Peringkat Awal
Rangka Kerja Sandbox Pengawalseliaan diperkenalkan untuk menggalakkan inovasi dan penyampaian khidmat kewangan dengan memberikan fleksibiliti pada penyelesaian fintech yang memberikan tawaran nilai sebenar untuk diuji dalam persekitaran pengeluaran atau persekitaran sebenar. Fleksibiliti sebegini akan disertai dengan perlindungan yang sewajarnya bagi memelihara kestabilan kewangan dan layanan yang adil terhadap pengguna.
Baca lebih lanjut tentang Sandbox di siniPemohon yang berminat untuk menyertai Sandbox Pengawalseliaan Bank perlu menunjukkan kelayakan berdasarkan kriteria yang ditentukan di bawah Seksyen 5 Rangka Kerja Sandbox Pengawalseliaan Bank.
Panduan ringkas disediakan di siniSandbox terbuka kepada semua syarikat fintech termasuk mereka yang tidak mempunyai premis di Malaysia, tetapi berminat untuk menawarkan perkhidmatan mereka dalam pasaran Malaysia.
Tiada had tertentu untuk jumlah peserta dalam Sandbox. Bank akan mempertimbangkan jumlah peserta yang dapat disokong secara efektif pada sebarang waktu diberikan.
Tidak, Sandbox juga dibuka kepada semua syarikat fintech. Walau bagaimanapun, syarikat fintech yang bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan mempunyai kelebihan hasil bimbingan dan sokongan yang diperoleh daripada rakan kongsi FI.
Pasukan Sandbox boleh dihubungi melalui e-mel fintech@bnm.gov.my
Pra Permohonan
- Anda boleh menjangka untuk menerima pengesahan permohonan anda dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja.
- Permohonan anda akan dinilai berdasarkan kriteria kelayakan yang ditentukan di bawah Seksyen 5 Rangka Kerja Sandbox Pengawalseliaan. Proses ini biasanya melibatkan beberapa perbincangan untuk lebih memahami model perniagaan yang anda cadangkan.
- Keputusan tentang permohonan anda akan diberikan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diserahkan kepada Bank.
- Cepat atau lambatnya proses yang melalui tahap permohonan bergantung sama ada maklumat yang diberikan lengkap dan penyelesaian anda bersedia untuk diuji dalam persekitaran sebenar.
Anda harus merujuk panduan permohonan di sini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Anda boleh merujuk ke halaman Pengawalseliaan untuk maklumat tentang kegiatan yang dikawal selia.
Anda boleh bertanya kepada fintech@bnm.gov.my.
Permohonan
YouAnda boleh menghantar Borang Permohonan Sandbox melalui e-mel kepada fintech@bnm.gov.my
Sebelum mengemukakan permohonan, anda perlu memastikan bahawa anda telah membaca dan memahami panduan permohonan di laman ini secara terperinci.
Permohonan anda akan dinilai berdasarkan kriteria kelayakan yang ditentukan di bawah Seksyen 5 Rangka Kerja Sandbox Pengawalseliaan. Penilaian ini biasanya melibatkan beberapa perbincangan untuk memahami model perniagaan anda dengan lebih baik. Anda perlu merujuk panduan permohonan di laman ini untuk mengetahui lebih lanjut.
Apabila permohonan ditolak, anda akan diberikan sebab yang terperinci atas penolakan tersebut. Anda juga boleh menghubungi pasukan Sandbox jika anda memerlukan penjelasan lebih lanjut tentang maklum balas kami.
Ya, semua maklumat yang diserahkan kepada BNM untuk tujuan Sandbox Pengawalseliaan akan dianggap sebagai sulit.
Ujian
- Sepanjang tempoh ujian sebenar, pemohon perlu memberikan laporan berkala tentang kemajuan ujian. Pemohon juga perlu membuat persiapan untuk langkah seterusnya setelah ujian tamat.
- Pemohon juga diharapkan bersedia untuk keluar daripada Sandbox, bergantung pada kejayaan atau kegagalan ujian.
- Tempoh ujian awal yang dikenakan maksimum 12 bulan. Tambahan masa kepada tempoh ujian boleh dipertimbangkan dan akan dinilai berdasarkan kes.
- Untuk melanjutkan tempoh ujian, permohonan bertulis mesti dihantar oleh peserta kepada Bank selewat-lewatnya 30 hari kalendar sebelum tamatnya tempoh ujian. Permohonan harus perlu menyatakan masa tambahan yang diperlukan dengan sebab yang munasabah.
- Sekiranya pemohon mengalami masalah besar semasa ujian dan perlu menghentikan operasinya, pasukan Sandbox perlu diberitahu secepat mungkin.
- Pemohon perlu memastikan ujian Sandbox ditamatkan dengan teratur dan mengurangkan kesan terhadap pelanggan.
Pemohon yang belum berjaya mencapai KPI ujian perlu memberikan alasan kegagalan dan menentukan langkah yang sesuai seterusnya. Langkah ini termasuk operasi penutupan yang teratur, atau mempertimbangkan perubahan pada model perniagaan dan pengaturan perniagaan alternatif.
AppKelulusan untuk menjalani ujian melalui Sandbox dapat dilihat sebagai 'permit pelajar'. Lesen atau kelulusan penuh tidak semestinya dijamin selepas ujian.