Breadcrumb

Climate-page-updates

 

Kemaskini Terkini

Intro BNM Climate Risk

Perubahan Iklim dan Fungsi Bank

Selaras dengan mandat Bank untuk memelihara kestabilan monetari dan kewangan, Bank sedang menyediakan sistem kewangan Malaysia yang lebih lestari dan berdaya tahan iklim.

Setakat bulan November 2019, kira-kira 11.7% daripada aset yang dipegang oleh peserta kewangan di Malaysia berada dalam sektor yang berpotensi terdedah kepada perubahan iklim.

Institusi kewangan di Malaysia perlu mengurus risiko iklim bagi memastikan keupayaan mereka untuk menyediakan perkhidmatan pengantaraan kewangan tidak terjejas dengan ketara oleh ancaman perubahan iklim. Jika tidak ditangani dengan berkesan, perubahan iklim boleh menjejaskan ekonomi secara am yang berpotensi membawa kepada kerugian besar terhadap ekonomi.

Kesan Risiko Berkaitan Iklim kepada Sistem Kewangan

Bank Negara Malaysia berhasrat untuk:

  • Mewujudkan peraturan dan penyeliaan yang sewajarnya bagi memastikan institusi kewangan mengukur dan mengurangkan risiko iklim serta mempunyai penampan yang secukupnya terhadap risiko iklim.
  • Meningkatkan keupayaan institusi kewangan untuk menjadi pemangkin dalam peralihan kepada ekonomi rendah karbon. Hal ini termasuk meningkatkan cadangan penyelesaian kewangan hijau yang dapat membantu pelanggan mereka beralih kepada amalan yang lebih lestari bagi menghadapi peristiwa berkaitan iklim dengan lebih baik.

Lihat juga: Komitmen BNM untuk melestarikan sektor kewangan.

Gabenor quotes

 

Pendekatan dan strategi Bank Negara Malaysia

Pendekatan dan strategi kami

Sejak tahun 2019, BNM telah mengambil pendekatan secara berperingkat untuk bertindak balas terhadap risiko iklim dan meletakkan asas yang kukuh dalam pengurusan risiko iklim bagi industri kewangan. Bermula dari tahun 2021, BNM menerapkan pertimbangan risiko berkaitan iklim dalam kehendak pengawalan dan penyeliaannya, serta penilaian makroekonomi dan kestabilan kewangan.

Teras utama strategi iklim BNM:

Bermula daripada diri kita

BNM memastikan bahawa operasinya adalah konsisten dengan amalan kelestarian. Amalan ini termasuk langkah-langkah yang diambil untuk menerapkan strategi pelaburan yang mempunyai tanggungjawab sosial dalam operasi pelaburan BNM, operasi mata wang yang mampan dan mengurangkan jejak karbon dalam aktiviti harian BNM.

Libat urus & pembinaan keupayaan

BNM bekerja sama erat dengan Kerajaan, pakar, pengamal dan pembentuk pendapat (opinion shapers) untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang risiko iklim dan kesannya terhadap kestabilan kewangan. Kerjasama ini diiringi dengan inisiatif untuk membina keupayaan untuk menilai, mengurus dan mengurangkan risiko iklim dalam BNM dan sektor kewangan.

Penerapan risiko iklim dalam penilaian makroekonomi & kestabilan kewangan

BNM akan memberikan lebih keutamaan kepada perkembangan risiko iklim dan kesannya apabila melakukan ujian tekanan ke atas sektor kewangan, pemantauan risiko yang berterusan terhadap kestabilan kewangan dan model unjuran makroekonomi.

Pengukuhan kehendak pengawalan & penyeliaan untuk menguruskan risiko iklim

BNM menghendaki institusi kewangan menguruskan risiko iklim dan alam sekitar secara berkesan dan mengukuhkan aktiviti pengawalseliaannya. Usaha ini termasuk meningkatkan penzahiran sejajar dengan saranan Task Force on Climate-related Financial Disclosures (TCFD).

Pewujudan persekitaran yang membolehkan pembiayaan & pelaburan hijau

BNM bekerja sama dengan industri kewangan, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kerajaan Malaysia dengan membuat penjajaran antara sektor kewangan dengan strategi iklim kebangsaan, serta menangani halangan terhadap pembiayaan dan pelaburan hijau.

Matlamat yang dihasratkan

Sektor kewangan yang berdaya tahan dan mantap bagi menyokong peralihan ke arah ekonomi lebih lestari.

Strategi iklim BNM menyumbang kepada strategi iklim Malaysia pada peringkat kebangsaan dan juga berpandu pada strategi tersebut bagi memenuhi komitmen negara yang dibuat di bawah Perjanjian Paris 2015. Pendekatan BNM terhadap risiko iklim disokong oleh enam kupulan kerja di bawah fungsi utama BNM.

Kumpulan kerja ini bertujuan untuk:

  • Meningkatkan kesedaran dan libat urus secara dalaman serta dengan pihak berkepentingan utama BNM, termasuk industri kewangan dan agensi Kerajaan
  • Memperdalam pemahaman dan membangunkan keupayaan untuk menilai dan mengurus risiko iklim dan pemindahan risiko tersebut
  • Kepimpinan melalui teladan dan menggalakkan perubahan dengan menerapkan amalan lestari dalam pelaburan, operasi dan budaya BNM
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembiayaan dan pelaburan hijau

External Initiatives 2022-12-16

Inisiatif Kami

Kami terlibat dalam pelbagai inisiatif di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

 
 
 
 

Rangkaian Bank Pusat dan Penyelia untuk Menghijaukan Sistem Kewangan (NGFS)

Apakah NGFS?

Sokongan BNM terhadap Deklarasi Glasgow NGFS

Climate PR Speech 2022-03-15

Ketahui lebih lanjut tentang aktiviti perubahan iklim kami

Ikuti perkembangan terkini dengan mengakses ucapan, webinar, video dan sesi libat urus.

Sesi Libat Urus
Tarikh Peristiwa
23¨C25 Jun 2021 Persidangan Perdana JC3 #FinanceForChange
- Sesi panel Penolong Gabenor Fraziali Ismail
4 Jun 2021 Green Swan 2021: Menyelaras Kewangan mengenai Iklim
Panel P: Bagaimanakah bank pusat, penyelia dan pengawal selia boleh membantu menggerakkan dan menyelaraskan dengan aktor lain (Perbendaharaan, sektor swasta) dalam menangani perubahan iklim?
Tarikh Peristiwa
30 November 2020 Minggu Asia Risiko Iklim 2020
Perbincangan Panel: Apa dan Bagaimana, dengan Gabenor Nor Shamsiah
20 Oktober 2020 Persidangan Tindakan Iklim Pembiayaan 2020
16 Oktober 2020 Perubahan Iklim: Di Mana Kita Berada
14 Oktober 2020 Forum Kewangan Mampan: Pembiayaan SDG di Asia Tenggara
Pembentangan 'Mengurus peralihan kepada ekonomi rendah karbon - tindak balas sektor kewangan Malaysia' oleh Penolong Gabenor Fraziali Ismail
06 Oktober 2020 Forum Kewangan Mampan dan Inklusif
17 Oktober 2020 Pameran Malaysia semasa Minggu Iklim NYC 2020
23 Oktober 2020 Bank Pusat, Perubahan Iklim dan Ujian Tekanan
Webinar bersama Timbalan Gabenor Jessica Chew
Tarikh Peristiwa
15 Mac 2022 Bank Negara Malaysia dan Bank Dunia menilai risiko kewangan berkaitan alam semula jadi untuk bank-bank di Malaysia
3 Disember 2019 Forum Kewangan Hijau dan Mampan IFN
25 September 2019 Persidangan Serantau mengenai Perubahan Iklim

Climate: Governor's Speech at COP27

Hear from the Governor

Governor Shamsiah's video message at the Conference of the Parties (COP) 27 World Leaders¡¯ Summit

Key Milestones 2022-12-16

Pencapaian Utama

Pencapaian kami dalam menerapkan pengurusan risiko iklim dalam industri di peringkat negara dan global

Bulan Pencapaian
Disember 2021
Memajukan Tindak Balas Sektor Kewangan terhadap Risiko Iklim ¨C Mesyuarat Keenam JC3
November 2021 Sokongan BNM terhadap Deklarasi Glasgow NGFS
Ogos 2021
Memajukan Tindak Balas Sektor Kewangan terhadap Risiko Iklim ¨C Mesyuarat Kelima JC3
Jun 2021
Persidangan Perdana JC3 2021 #FinanceForChange
April 2021
Penerbitan Dokumen Panduan Perubahan Iklim dan Taksonomi Berasaskan Prinsip (CCPT)
Februari 2021
Ke Arah Menghijaukan Sektor Kewangan ¨C Mesyuarat keempat JC3
Bulan Pencapaian
Disember 2020
Membentuk kerjasama yang lebih erat dengan Kerajaan - Perbincangan Meja Bulat dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air
Meningkatkan ketelusan mengenai pendedahan Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) ¨C Kemasukan input daripada BNM mengenai pengurusan SRInya (BNM disebut sebagai satu daripada peserta peninjau) dalam Laporan Kemajuan NGFS mengenai Pelaksanaan Amalan Pelaburan yang Mampan dan Bertanggungjawab dalam Pengurusan Portfolio Bank-bank Pusat
November 2020
Memantapkan kepimpinan pemikiran - Pelantikan BNM sebagai ahli Jawatankuasa Pemandu NGFS tambahan
Oktober 2020
Meningkatkan pembiayaan untuk inisiatif iklim - Penyerahan cadangan berkaitan iklim untuk dimasukkan dalam Belanjawan Negara 2021
Menempatkan agenda iklim dalam rancangan negara - Penyerahan ulasan berkaitan iklim untuk RMK12
Kelulusan diterima untuk Laporan Peranan Bank Pusat ASEAN dalam Menguruskan Risiko Berkaitan Iklim dan Alam Sekitar
September 2020
Mempercepatkan tindakan iklim ¨C Mesyuarat ketiga JC3
Ogos 2020
Membimbing industri mengenai penilaian berasaskan impak bagi sektor minyak sawit, tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga ¨C Penerbitan Garis Panduan Sektor untuk Pembiayaan Pengantaraan Berasaskan Nilai dan Rangka Kerja Penilaian Impak Pelaburan (VBIAF)
Julai 2020
Meningkatkan kesedaran iklim dan kemas kini mengenai inisiatif iklim BNM - Kemasukan perubahan iklim dan agenda hijau dalam Pembentangan Lembaga kepada Kementerian Kewangan
Jun 2020
Perbincangan Meja Bulat dengan Mark Carney tentang 'Peranan Bank Pusat dalam Menerajui Tindak Balas Sektor Kewangan terhadap Risiko Perubahan Iklim'
Mei 2020
Memperkukuh rangkaian global - Penyertaan BNM dalam Mesyuarat Pleno NGFS
Februari 2020
Mengukuhkan sinergi dengan Kerajaan - Pertemuan dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)
Januari 2020
Memantapkan pelan tindakan iklim ¨C Mesyuarat kedua JC3
Bulan Pencapaian
Disember 2019
Meningkatkan kesedaran industri tentang taksonomi - Pengeluaran Kertas Perbincangan tentang CCPT
September 2019
Meningkatkan kesedaran industri tentang perubahan iklim - Persidangan Serantau Pertama mengenai Perubahan Iklim
Meningkatkan kerjasama industri kawal selia mengenai perubahan iklim ¨C Mesyuarat pertama JC3
Meningkatkan keterlihatan dalam kerja penyeliaan NGFS ¨C Pengambilan stok pada pembezaan risiko institusi kewangan untuk kadar lalai aset "hijau" dan "coklat" & input kepada NGFS
Ogos 2019
Meningkatkan keterlihatan dalam kerja penyeliaan NGFS ¨C Pengambilan stok amalan pengurusan risiko iklim institusi kewangan & input untuk Buku Panduan Penyeliaan NGFS
Julai 2019
Meningkatkan keterlihatan dalam kerja kehematan makro NGFS - Rencana tentang pengalaman Malaysia dalam Sokongan Teknikal kepada Laporan Komprehensif NGFS Pertama

Climate: SME Green Videos

Video PKS Hijau

PKS mencakupi kira-kira 97% perniagaan Malaysia. Peralihan PKS ke arah amalan yang lebih mampan dan lestari penting bagi Malaysia mencapai pelepasan GHG sifar bersih menjelang tahun 2050. Peralihan ini juga boleh membantu PKS untuk kekal berdaya saing dan kompetitif pada peringkat antarabangsa. Inilah masanya untuk PKS membuat peralihan ini! Ketahui lebih lanjut melalui siri video ini tentang cara tindakan seperti kitar semula dan penggunaan tenaga solar serta pensijilan hijau dapat menghasilkan keuntungan yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Efficiency
 
 Circular Economy
 
 Green Certification
 
 Green Business
 
 Start Small, Start Now
 

Related Links

Pautan ke Organisasi Berkaitan