Breadcrumb

KGP-About

 

Program Graduan Kijang memberikan pendedahan yang unik kepada peranan Bank Negara Malaysia yang pelbagai dalam membangunkan negara. Kami menawarkan tiga aliran di bawah program ini, iaitu aliran Graduan Penganalisis, Graduan Penganalisis Penyeliaan, dan Graduan Penganalisis Digital.

Untuk pemahaman yang lebih baik tentang program ini, kami akan menganjurkan sesi penerangan dalam bentuk webinar. Sila ikuti media sosial untuk kemas kini.

 

KGP Tracks

Graduan Penganalisis

Aliran Graduan Penganalisis memberikan anda pengalaman yang holistik tentang tugasan di perbankan pusat. Anda akan ditugaskan mengikut giliran di ketiga-tiga sektor di Bank Negara Malaysia selama 18 bulan. Pengalaman ini membolehkan anda mengenal pasti pelbagai bidang kerjaya yang sesuai dengan diri anda:

Image
Kestabilan monetari

Sektor Kestabilan Monetari merumuskan dan mengendalikan dasar monetari supaya inflasi kekal rendah dan stabil, di samping memastikan dasar monetari menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan. Sektor ini juga bertanggungjawab untuk menggalakkan satu rejim kadar pertukaran yang paling sesuai dengan asas-asas ekonomi negara.

Selanjutnya
Image
Kestabilan Kewangan

Sektor Kestabilan Kewangan memberikan tumpuan pada usaha memastikan ketahanan sektor kewangan Malaysia berdaya tahan pada setiap masa. Hal ini bagi memastikan perkhidmatan kewangan ¨C iaitu pemberian pinjaman, pembiayaan, insurans, takaful, pembayaran, kiriman wang, dan lain-lain ¨C dapat memenuhi keperluan isi rumah dan sektor perniagaan yang adil dan diyakini.

Selanjutnya
Image
Pengurusan Korporat

Sektor Pengurusan Korporat memberikan tumpuan pada usaha memastikan keberkesanan organisasi Bank dalam tiga dimensi yang luas, iaitu penglibatan dengan pihak luar, pembangunan organisasi dan pengurusan operasi.

Selanjutnya

Graduan Penganalisis Penyeliaan

Laluan Graduan Penganalisis Penyeliaan memberi anda pendedahan paling luas kepada industri perkhidmatan kewangan. Anda akan mendapat pendedahan secara langsung kepada operasi dan selok-belok institusi kewangan, membangunkan keupayaan penilaian risiko yang kukuh, dan mendapat pemahaman yang menyeluruh tentang kesalinghubungan antara mandat kestabilan kewangan dan mandat lain Bank. Sepanjang 18 bulan, anda akan digilirkan merentas fungsi penyeliaan Bank, memberikan anda peluang untuk melibatkan diri dengan pemimpin industri dan pakar serta menyediakan anda untuk kerjaya yang memuaskan sebagai Penyelia.

Sektor Penyeliaan

Di Bank Negara Malaysia, peranan penyeliaan adalah untuk memelihara kestabilan dan integriti sistem kewangan kita dengan memastikan keselamatan dan kekukuhan institusi kewangan. Dengan menggunakan rangka kerja penyeliaan berasaskan risiko, kami menjalankan pengawasan berterusan dan penilaian risiko ke atas institusi kewangan untuk memastikan bahawa sebarang kelemahan ditangani dan risiko yang muncul dikenal pasti secara awal. Kami juga menyokong pembangunan sektor kewangan, khususnya dalam bidang pendigitalan, rangkuman kewangan, perubahan iklim dan kewangan Islam.

Graduan Penganalisis Digital

Aliran Graduan Penganalisis Digital memberikan pendedahan kerja yang lebih tertumpu pada infrastruktur teknologi bank pusat dan daya tahan IT dalam sektor kewangan. Anda akan diberikan giliran tugas dalam tiga pasukan Digital Bank untuk tempoh 18 bulan. Langkah ini membolehkan anda meraih pengalaman yang mendalam dalam tugasan strategi dan operasi digital risiko IT serta penyeliaan dan tugasan sains data.

Pasukan Digital dan Teknologi

Kumpulan-kumpulan ini adalah pakar dalam isu-isu digital dan teknologi dengan dua bidang tumpuan yang luas. Bidang tumpuan utama yang pertama adalah untuk memastikan tugas-tugas pengawalan dan pengawalseliaan Bank terus berkesan untuk memelihara daya tahan sektor kewangan Malaysia dalam mengharungi landskap risiko teknologi yang berubah-ubah. Bidang tumpuan kedua adalah bagi memastikan Bank mendapat manfaat teknologi sepenuhnya. Hal ini bertujuan untuk membantu memilih dan menggunakan penyelesaian teknologi yang bersesuaian, di samping memastikan sistem dan aplikasi teknologi Bank terus relevan dengan pengedaran masa.

Kami akan menyokong perkembangan anda di kedua-dua aliran melalui pelbagai inisiatif, termasuk:

arrows icon

Program Onboarding (Suai Tugas)

Program Graduan Kijang akan bermula dengan sesi onboarding selama dua minggu yang akan memberikan tumpuan pada organisasi, fungsi-fungsi utama serta budaya dan nilai Bank.
arrows icon

Program Mentor

Setiap Graduan Penganalisis akan diletakkan di bawah bimbingan seorang mentor yang akan membantu anda untuk terus maju dalam mencapai matlamat kerjaya anda.
arrows icon

Sesi-Sesi Networking

Anda akan berpeluang untuk bertemu dan membina hubungan dengan Graduan Penganalisis lain dan kakitangan Bank melalui perjumpaan networking tak formal (secara maya atau bersemuka).

Pada akhir program ini, peserta program yang berjaya akan ditawarkan peluang perkerjaan tetap di Bank.

KGP-WhyJoin

Mengapa Sertai Kami?

Membangunkan negara

Kami merupakan bank pusat dan pengawal selia sektor kewangan untuk Malaysia. Kami mempunyai mandat untuk memupuk persekitaran yang stabil dan kondusif bagi sektor ekonomi dan kewangan. Sumbangan anda di Bank Negara Malaysia (BNM) akan membantu kami memberikan khidmat yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Memperoleh perspektif yang unik

Kerjaya di BNM merangkumi pelbagai bidang seperti dasar monetari, pengawalseliaan perbankan dan insurans, perkembangan sektor kewangan, perlindungan pengguna, dan pasaran kewangan. Semua ini menawarkan pendedahan yang luas kepada kakitangan BNM berbanding dengan beberapa organisasi lain.

Membangunkan kerjaya anda

BNM mempunyai reputasi dalam membangunkan modal insannya. Kami menawarkan pelbagai peluang pembangunan diri, seperti, biasiswa, sokongan pensijilan profesional, program bina upaya untuk kemahiran perbankan pusat, serta peminjaman (secondment) di institusi global dan agensi sektor awam.

Sertai persekitaran yang inklusif

Kami mahu organisasi ini menjadi cerminan kepada masyarakat. Kami berusaha untuk mencipta persekitaran yang terbuka, inklusif dan pelbagai, manakala idea-idea lain akan terus diraikan dan diberikan perhatian..

Nikmati anjaran yang komprehensif

BNM berbesar hati untuk menawarkan pekerjaan dan mengekalkan bakat yang berkaliber. Kami sentiasa memastikan pakej ganjaran yang ditawarkan adalah kompetitif, yang ditambah dengan manfaat kewangan dan bukan kewangan lain serta pengaturan kerja yang fleksibel.

KGP-Profile-Jul2023

Profil Penganalisis

Beberapa penganalisis kami berkongsi pengalaman mereka. Klik pada nama mereka untuk kisah selanjutnya.

Nish

ˇ°Program Graduan Digital Kijang menyediakan peluang mengujakan untuk memacu penyelesaian teknologi yang memberikan impak merentas pelbagai domain teknologi digital. Graduan digital diberikan kepercayaan untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap projek mereka bagi membawa perubahan nyata dengan hasil yang ketaraˇ±

Tristan

"Saya sebagai Graduan Penganalisis Kijang teruja dengan pengalaman suai tugas (onboarding) yang lancar dan menyeluruh di Bank Negara Malaysia, daripada saat penyerahan borang permohonan sehinggalah sesi temu duga akhir"

Supriya

"Program Graduan Kijang memberi saya peluang untuk mendalami bidang kerja yang saya minati dan boleh mencapai kecemerlangan. Proses temu duganya menyeronokkan dan lancar serta mempunyai elemen menarik yang membuatkan saya terfikir-fikir dan ternanti-nanti perkara yang seterusnya"

Khalif

ˇ°Matlamat saya menyertai Program Graduan Kijang adalah untuk memperoleh kefahaman yang mendalam tentang operasi Bank Negara Malaysia secara menyeluruh. Saya juga percaya bahawa pemahaman tentang hubung kait antara tiga sektor (Kestabilan Monetari, Kestabilan Kewangan dan Pengurusan Korporat) adalah penting bagi mencapai matlamat ini, selain membantu saya untuk menjadi pegawai bank pusat yang serba bolehˇ±

Image
Annabelle

ˇ°Saya mengambil keputusan untuk menyertai Program Graduan Kjiang kerana kepelbagaian peluang pembelajaran yang ditawarkan, khususnya melalui penugasan di tiga sektor utama Bank. Peluang ini membolehkan saya membina rangkaian kenalan dengan individu-individu berbakat yang berkongsi matlamat untuk membangunkan negara dengan lebih kukuhˇ±

Image
Solehah

"Penyertaan saya ke dalam Program Graduan Kijang sebagai seorang graduan Syariah ini benar-benar mengorak langkah saya keluar daripada zon selesa saya. Namun begitu, satu perkara yang membuatkan saya sangat berminat untuk menyertai program ini ialah saya melihat peluang untuk membina jati diri saya dan menambah baik lagi kemahiran dalam menyelesaikan masalah, kemahiran berfikir secara kritikal, dan keupayaan dalam membuat sesuatu keputusan."

KGP-Video-Jan22

Dengar perkongsian dari penganalisis graduan kami

 

   

KGP-InfoApplicants

Maklumat untuk Pemohon

Semua calon mesti memenuhi syarat kemasukan yang berikut:

  • Warganegara Malaysia;

  • Kelayakan Akademik::

    • Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana:
      Dijangka mencapai, atau telah mencapai, ijazah kelas kedua atas (2:1), atau CGPA 3.5/4, atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka;

      ATAU

    • Kelayakan profesional perakaunan:
      Dijangka mencapai, atau telah mencapai, skor purata sebanyak 65 dalam semua kertas peperiksaan, dengan ulangan peperiksaan yang minimum dalam kelayakan perakaunan profesional daripada institusi akademik terkemuka;

  • Mendapat keputusan akhir sebelum 1 April atau 1 September; dan

  • Mempunyai kurang daripada setahun pengalaman bekerja sepenuh masa selepas tamat pengajian.

Proses Permohonan dan Penilaian

Langkah 1: Memohon Secara dalam Talian

Untuk memohon, sila hantar kelayakan akademik, pengalaman bekerja dan latihan praktikal serta surat iringan ringkas bersama-sama dengan borang permohonan. Permohonan anda harus menunjukkan ciri-ciri atau kualiti yang dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia.

Dalam pernyataan kendiri anda, beritahu kami tentang tujuan anda menyertai Bank Negara Malaysia, serta kemahiran, pengalaman dan pencapaian anda yang relevan dengan peranan masa depan anda di Bank Negara Malaysia

Mohon di bawah

Langkah 2: Pusat Prapenilaian

Jika permohonan anda berjaya, anda kemudiannya dikehendaki mengambil ujian psikometrik secara dalam talian dan menjawab soalan-soalan subjekti melalui video.

Pada peringkat ini, kami juga akan meminta para calon untuk menghantar salinan transkrip akedemik terakhir dan dokumen-dokumen lain.

Langkah 3: Pusat Penilaian

Peringkat terakhir penilaian kami terdiri daripada aktiviti berkumpulan dan temuduga secara individu dengan panel eksekutif Bank Negara Malaysia.

Sepanjang tempoh pusat penilaian, kami akan menilai tujuan anda menyertai Bank, kesesuaian dengan nilai-nilai kami serta kemahiran dan kecekapan utama anda.

Langkah 4: Keputusan

Kami akan menghubungi anda mengenai keputusan permohonan anda selepas 4 minggu dari tarikh tutup. Sekiranya anda berjaya, kami akan meminta maklumat tambahan untuk melengkapkan proses saringan kami. Lazimnya, hal ini akan melibatkan proses saringan keselamatan dan pemeriksaan kesihatan. Tarikh untuk memulakan kerja bagi calon yang berjaya dijangka pada akhir bulan April (bagi kemasukan April) dan akhir bulan September (bagi bulan September).

KGP-Apply Now

Cara Memohon

Permohonan untuk Program Graduan Kijang (KGP) sesi September 2024 telah ditutup.

Maklumat Penting

Dengan menghantar permohonan, anda membuat pengisytiharan yang anda telah membaca, memahami, dan menerima Notis Akta Perlindungan Data Peribadi (2010) dan memberi kami kebenaran penuh untuk memproses maklumat peribadi dan data sensitif anda.

KGP FAQs

Soalan Lazim Program Graduan Kijang

 

Umum

Sekiranya anda telah menamatkan pengajian pada 1 April atau 1 September, anda layak untuk memohon salah satu pengambilan tahunan iaitu sama ada pada bulan April atau September. Anda perlu menyerahkan transkrip yang menunjukkan bahawa anda telah menamatkan pengajian.

Sebagai alternatif, jika keputusan peperiksaan akhir anda masih belum diumumkan, anda akan diberikan borang pengisytiharan untuk ditandatangani yang menyatakan bahawa anda akan menyerahkan keputusan anda kemudian.

Jika anda disenarai pendek untuk temu duga, anda perlu menyerahkan keputusan akhir anda seperti yang dinyatakan dalam permohonan anda.

Tempoh program ini adalah selama 18 bulan. Peserta Graduan Kijang akan digilirkan dalam jabatan/fungsi yang berbeza dalam BNM.

Ya! Terdapat sebanyak tiga aliran.

Aliran Penganalisis Graduan ¨C Memberikan anda pengalaman holistik berkaitan operasi perbankan pusat. Sepanjang 18 bulan, anda akan digilirkan mengikut tiga sektor utama BNM: Kestabilan Monetari, Kestabilan Kewangan dan Pengurusan Korporat. Penggiliran ini membolehkan anda didedahkan dengan pelbagai laluan kerjaya dengan BNM.

Aliran Penganalisis Graduan Digital ¨C Memberikan anda pendedahan khusus kepada infrastruktur digital BNM serta daya tahan teknologi sektor kewangan. BNM akan melengkapkan anda dengan pemahaman menyeluruh tentang kerja-kerja sains data, risiko dan penyeliaan IT, serta strategi dan operasi digital melalui penggiliran dalam tiga jabatan digital dan teknologi BNM sepanjang tempoh 18 bulan.

Aliran Penganalisis Graduan Penyeliaan ¨C Menawarkan peluang penggiliran dalam pelbagai fungsi penyeliaan di BNM. Aliran ini memberi anda pendedahan meluas kepada industri perkhidmatan kewangan. Anda akan mendapat pendedahan secara langsung kepada operasi dan selok-belok institusi kewangan, membangunkan keupayaan penilaian risiko yang kukuh sertamendapat pemahaman yang menyeluruh tentang kesalinghubungan antara mandat kestabilan kewangan dengan mandat BNM yang lain. Aliran ini membolehkan anda berinteraksi dengan pemimpin dan pakar industri, lantas menyediakan anda untuk kerjaya yang memenuhi impian sebagai seorang Penyelia.

Penilaian ke atas prestasi keseluruhan peserta akan dijalankan. Hanya Graduan Penganalisis / Graduan Penganalisis Digital / Graduan Penganalisis Penyeliaan yang menunjukkan prestasi yang baik akan ditawarkan pekerjaan tetap di BNM.

Graduan Penganalisis / Graduan Penganalisis Digital / Graduan Penganalisis Penyeliaan akan dibayar setaraf eksekutif BNM dengan gaji dan manfaat kompetitif yang selaras dengan standard industri.

Calon yang berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas tarikh tutup. Berikutan jumlah permohonan yang banyak, BNM hanya akan memberikan makluman kepada pemohon yang lain setelah penilaian oleh pusat penilaian selesai.

Program ini mempunyai dua pengambilan dalam setahun, lazimya pada bulan April dan September.

BNM tidak menawarkan pilihan ˇ°buyoutˇ±.

Ya, anda boleh memohon selagi anda mempunyai pengalaman bekerja tidak lebih daripada satu tahun.

Ya, anda boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis satu (1) bulan.

Peserta Graduan Kijang boleh menyatakan pilihan hingga tiga jabatan pada setiap penggiliran. Walau bagaimanapun, penempatan jabatan tidak dijamin dan BNM berhak untuk menempatkan peserta Graduan Kijang di mana-mana jabatan yang bersesuaian.

Pada akhir setiap enam bulan penempatan, peserta Graduan Kijang dan jabatan akan menjalankan penilaian prestasi. Penilaian ini akan digunakan sebagai salah satu sumber bagi menilai potensi Graduan untuk memegang jawatan tetap dalam BNM.

Permohonan KGP

Sila rujuk bahagian ˇ°Calon yang Kami Cariˇ± dalam laman web bnm.gov.my/careers

Ya, kami menerima permohonan calon yang memiliki kelayakan akademik daripada semua bidang.

Tidak, kami hanya mempertimbangkan calon yang mempunyai kurang daripada satu tahun pengalaman kerja selepas tamat pengajian. Walau bagaimanapun, kami menggalakkan mereka yang mempunyai lebih banyak pengalaman untuk meneroka pelbagai peluang pekerjaan di BNM melalui laman sesawang BNM, Jobstreet atau LinkedIn.

Tidak, latihan industri, tahun penempatan dan program seumpamanya yang dijalankan semasa tempoh di universiti/pengajian tinggi tidak akan dikira sebagai sebahagian pengalaman kerja selama satu tahun selepas tamat pengajian.

Anda boleh memohon dengan keputusan jangkaan/sementara tetapi anda akan diminta untuk mengisi borang pengisytiharan. Jika anda disenarai pendek untuk temu duga, kami akan meminta anda menyediakan bukti keputusan sebenar/akhir seperti yang disenaraikan dalam permohonan anda pada hari pusat penilaian.

Tidak, anda tidak akan dapat mengubah permohonan anda selepas dihantar.

Selepas menghantar permohonan, calon yang berjaya akan menerima makluman daripada kijang.gp@bnm.gov.my bagi menghantar dokumen untuk pengesahan satu minggu selepas tarikh tutup. Seterusnya, calon yang disenarai pendek akan menjalani Pra-Penilaian dan butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Disebabkan oleh jumlah permohonan yang tinggi, HANYA calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan. Calon yang disenarai pendek akan dihubungi melalui e-mel kijang.gp@bnm.gov.my selepas tarikh tutup.

Jika anda menghadapi sebarang kesukaran untuk menghantar permohonan anda, sila hantar e-mel kepada kijang.gp@bnm.gov.my

Jika anda menghadapi sebarang kesulitan semasa menghantar permohonan anda, berikut adalah beberapa tip yang berguna:

  • Sila pastikan anda telah menyediakan semua maklumat yang diperlukan dalam keseluruhan borang. Kegagalan untuk melengkapkan semua ruangan boleh menyebabkan permohonan yang tidak lengkap. Jika anda tidak dapat mencari butang hantar, teliti dan pastikan bahawa anda telah memasukkan semua maklumat yang diperlukan dalam semua ruangan. Bagi ruangan yang tidak berkenaan, sila isikan "N.A." sebagai pengganti.
  • Pastikan anda telah melengkapkan bahagian pernyataan peribadi sepenuhnya. Anda tidak akan dapat menghantar permohonan tanpa pernyataan peribadi yang lengkap.
  • Jika anda menghadapi sebarang mesej atau arahan ralat, untuk sebab keselamatan, pastikan anda mengeluarkan sebarang aksara khas/simbol seperti ˇ°#ˇ±, ˇ°@ˇ±, ˇ°ˇĚˇ±, ˇ°ˇÖˇ± dan lain-lain sebelum meneruskan penghantaran.

KGP 2022-07-09

Program Graduan Kijang

More Opportunities - KGP

Peluang-peluang Lain

Latihan Industri

Program latihan indusrti kami menawarkan peluang untuk menimba pengalaman bernilai dan kemahiran yang boleh digunakan dalam beberapa bidang pengkhususan, sambil menyumbang kepada kerja perbankan pusat yang secara langsung memberi impak kepada kemajuan negara.

Selanjutnya

Biasiswa

Matlamat program biasiswa kami ialah memupuk bakat muda Malaysia dengan memberi akses kepada pengalaman pembelajaran terbaik di universiti terkemuka seperti dalam senarai yang diluluskan Bank, dalam beberapa bidang pengajian tertentu.

Selanjutnya

Jawatan Kosong

Hasil kerja kami di Bank Negara Malaysia membentuk kehidupan rakyat Malaysia setiap hari dan tahun-tahun yang mendatang. Oleh itu kami mencari yang terbaik dan cemerlang, membuat pelaburan dalam modal insan, dan menawarkan pelbagai laluan kerjaya untuk perkembangan profesional mereka.

Selanjutnya