Bank Negara Malaysia (BNM) komited dalam usaha membentuk bakat muda negara menerusi program biasiswanya. Penerima biasiswa kami akan memperoleh akses ke universiti terkemuka seperti dalam senarai yang diluluskan BNM, untuk mendapat pengalaman belajar yang terbaik, dalam bidang Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Sains Data, Undang-undang, dan Sains Komputer.
Permohonan untuk Biasiswa Sarjana Muda dan Biasiswa Kijang 2024 kini dibuka. Mohon sekarang!
BNM menawarkan dua jenis biasiswa:
Biasiswa Kijang 2024
Biasiswa Kijang dianugerahkan kepada individu yang layak untuk mengikuti program prauniversiti di kolej prauniversiti yang telah diluluskan oleh BNM. Biasiswa ini akan membiayai yuran pembelajaran, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.
Tajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda adalah tertakluk pada penerima biasiswa memenuhi syarat-syarat berikut:
- Keputusan peperiksaan yang cemerlang: Mendapat minimum 8A (A dan A+ sahaja) dalam peperiksaan SPM
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
- Umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai 2024
Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di BNM dan terikat dengan BNM iaitu mengikut nisbah satu (1) tahun pengajian bersamaan dengan dua (2) tahun tempoh perkhidmatan di BNM.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian selanjutnya.
Biasiswa Sarjana Muda 2024
Biasiswa Sarjana Muda dianugerahkan kepada individu yang layak dan telah menerima tawaran untuk meneruskan pengajian atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda.
Biasiswa ini juga ditawarkan kepada penerima biasiswa prauniversiti BNM, tertakluk pada penerima biasiswa memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh BNM:
- Keputusan cemerlang dalam mana-mana peperiksaan yang berikut:
- A-Level: Sekurang-kurangnya 3A
- STPM / Diploma / Matriculation: Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.50
- Australian Matriculation: ATAR sekurang-kurangnya 85%
- American Foundation Program: Skor SAT sekurang-kurangnya 1,500
- International Baccalaureate (IB): 38
- Bagi calon yang sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda: PNGK sekurang-kurangnya 3.50 untuk keputusan peperiksaan terkini
- SPM: Sekurang-kurangnya lima (5) kredit termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
- Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap, keupayaan bekerja dalam kumpulan dan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum
- Mempunyai kemahiran interpersonal yang sangat baik
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Julai 2024
- Telah menerima tawaran atau sedang mengikuti pengajian peringkat sarjana muda di salah satu universiti yang telah diluluskan oleh BNM.
Biasiswa ini akan membiayai yuran pengajian, elaun sara hidup dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.
Pemohon yang berjaya akan melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan ekonomi, perakaunan, kewangan, sains aktuari, matematik, statistik, sains data, undang-undang, atau sains komputer.
Selepas berjaya menamatkan pengajian, penerima biasiswa dikehendaki berkhidmat di BNM dan terikat dengan BNM iaitu mengikut nisbah satu (1) tahun pengajian bersamaan dengan dua (2) tahun tempoh perkhidmatan di BNM.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan untuk proses penilaian selanjutnya.
Cara Memohon
Permohonan untuk Biasiswa Kijang dan Biasiswa Sarjana Muda BNM sudah ditutup.
Maklumat Penting
Dengan menghantar permohonan, anda membuat pengisytiharan yang anda telah membaca, memahami, dan menerima Notis Akta Perlindungan Data Peribadi (2010) dan memberi kami kebenaran penuh untuk memproses maklumat peribadi dan data sensitif anda.
Soalan Lazim Biasiswa
- Apakah yang ditawarkan kepada pemohon yang berjaya melalui biasiswa ini?
Biasiswa Bank akan membiayai perbelanjaan termasuk yuran pengajian, tiket penerbangan pergi balik (hanya kepada pelajar luar negara), elaun sara diri dan elaun-elaun lain yang berkaitan dengan biasiswa.
- Bagaimanakah cara untuk menghantar permohonan?
Untuk menghantar permohonan, klik pautan ¡®Mohon di sini¡¯ pada bahagian akhir setiap segmen Biasiswa untuk memulakan proses permohonan.
- Perlukah saya memberikan dokumen sokongan pada peringkat ini?
Anda tidak perlu memberikan dokumen sokongan pada peringkat ini tetapi jika anda disenarai pendek untuk temu duga, anda perlu membawa dokumen, sijil dan transkrip asal yang berkaitan.
- Saya tidak mempunyai keputusan peperiksaan SPM kerana saya belajar di luar negara. Adakah saya masih layak untuk memohon?
Kami akan mempertimbangkan keputusan peperiksaan cemerlang seperti yang disenaraikan dalam syarat-syarat Biasiswa Sarjana Muda dan Pascasiswazah di atas.
- Saya sedang mengikuti pengajian A-Level dan akan menduduki peperiksaan pada bulan Jun tahun ini. Keputusan peperiksaan yang manakah perlu saya berikan?
Anda boleh memberikan keputusan Advanced Subsidiary (AS) dan bukan keputusan percubaan anda.
- Adakah Biasiswa Bank terhad kepada bidang tertentu sahaja?
Bidang pengajian pemohon perlu berkaitan dengan urusan dan aktiviti teras Bank: Ekonomi, Perakaunan, Kewangan, Sains Aktuari, Matematik, Statistik, Undang-undang, Sains Data dan Sains Komputer.
- Universiti manakah yang dianggap sesuai untuk pengajian sarjana muda dan pascasiswazah?
Program biasiswa disediakan untuk pengajian di universiti tempatan dan luar negara. Klik di sini untuk senarai universiti yang telah diluluskan oleh Bank.
- Apakah langkah-langkah yang terdapat dalam proses pemilihan?
Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil ke pusat penilaian untuk dinilai dari aspek kesesuaian, ketekunan, kemahiran interpersonal dan komunikasi, komitmen, kerja berpasukan serta aptitud.
- Berapa banyakkah biasiswa Bank yang ditawarkan setiap tahun?
Jumlah biasiswa yang ditawarkan setiap tahun adalah berbeza kerana bergantung pada kualiti permohonan yang diterima dan kesesuaian pemohon bagi setiap kategori.
- Apakah gred minimum yang perlu saya peroleh sepanjang pengajian?
Bank akan membincangkan gred minimum yang pemegang biasiswa perlu peroleh untuk meneruskan penerimaan biasiswa.
- Saya terlepas tarikh tutup permohonan. Adakah saya masih boleh menghantar permohonan sekarang?
Permohonan selepas tarikh tutup yang dinyatakan tidak akan diterima. Sekiranya anda memenuhi keperluan minimum, anda sangat digalakkan untuk memohon pada tahun hadapan.
- Saya telah memohon tahun lepas dan tidak berjaya. Jika saya memohon semula, adakah permohonan saya akan dipertimbangkan?
Semua permohonan adalah permohonan baharu. Oleh itu, permohonan anda akan dipertimbangkan jika memenuhi syarat yang dinyatakan.
- Adakah program biasiswa yang ditawarkan oleh Bank dibuka hanya untuk warganegara Malaysia sahaja?
Ya, program biasiswa yang ditawarkan oleh Bank hanya terbuka kepada warganegara Malaysia.
- Adakah saya terikat dengan Bank atau perlu bekerja di Bank selepas menamatkan pengajian?
Ya, anda akan terikat dengan Bank mengikut nisbah 1 tahun pengajian: 2 tahun perkhidmatan dengan Bank. Contohnya, selepas menamatkan pengajian sarjana muda selama tiga (3) tahun dengan tajaan Bank, anda perlu berkhidmat dengan Bank selama enam (6) tahun.
- Kepada siapakah saya boleh ajukan soalan-soalan lanjut?
Sila e-melkan soalan anda kepada profiling@bnm.gov.my.
Peluang-peluang Lain
Program Graduan Kijang
Program Graduan Kijang memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada peranan Bank Negara Malaysia yang pelbagai dalam membangunkan negara. Anda akan ditugaskan mengikut giliran di ketiga-tiga sektor di Bank Negara Malaysia selama 18 bulan. Pengalaman ini membolehkan anda mengenal pasti pelbagai bidang kerjaya yang sesuai dengan diri anda.
Latihan Industri
Program latihan industri kami menawarkan peluang untuk menimba pengalaman bernilai dan kemahiran yang boleh digunakan dalam beberapa bidang pengkhususan, sambil menyumbang kepada kerja perbankan pusat yang secara langsung memberi impak kepada kemajuan negara.
Jawatan Kosong
Hasil kerja kami di Bank Negara Malaysia membentuk kehidupan rakyat Malaysia setiap hari dan tahun-tahun yang mendatang. Oleh itu kami mencari yang terbaik dan cemerlang, membuat pelaburan dalam modal insan, dan menawarkan pelbagai laluan kerjaya untuk perkembangan profesional mereka.