Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2024
Anda akan menyertai salah satu daripada jabatan yang mengendalikan isu-isu penting berhubung dengan ekonomi negara. Latihan industri ini akan dijalankan di ibu pejabat Bank Negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur selama tiga hingga enam bulan. Bagi memainkan peranan ini, anda mungkin terlibat dalam fungsi utama perbankan pusat seperti pengawasan, penyelidikan, penggubalan dasar, pengawalseliaan perbankan, analisis, operasi, teknologi dan lain-lain.
Apabila anda menyertai BNM, hakikatnya anda telah menyertai sebuah organisasi yang mengambil berat tentang perkembangan diri anda. Anda akan mendapat bimbingan daripada rakan sekerja yang akan membantu meningkatkan potensi diri bagi mencapai matlamat kerjaya anda.
Program latihan industri kami yang sistematik akan memberikan anda pengalaman secara langsung dalam kerja harian di bank pusat. Pada akhir program latihan industri ini, pelatih yang menunjukkan prestasi yang cemerlang mungkin akan dipelawa melalui laluan khas untuk menghadiri temuduga bagi Program Graduan Kijang.
Maklumat untuk Pemohon
Kami menjemput calon yang berminat untuk memohon melalui pautan di bawah:
- Pengambilan bulan Januari¨CJun 2024:
Permohonan dibuka mulai 4 Disember 2023 sehingga 4 Februari 2024 - Pengambilan bulan Julai¨CDisember 2024:
Permohonan dibuka mulai 1 April 2024 sehingga 1 Jun 2024
Kelayakan program latihan industri:
- Kini menetap di Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia
- Rakyat Malaysia yang sedang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda di institusi pengajian tinggi, sama ada di Malaysia atau di luar negara, dalam disiplin berkaitan, di mana latihan industri adalah bahagian wajib untuk melengkapkan pengajian. Pelajar mesti dalam tahun akhir pengajian.
- Mesti mencapai CGPA sekurang-kurangnya 3.50 dan ke atas, atau mendapat ijazah kelas kedua atas (2:1), atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda, atau mendapat ijazah sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka
- Tempoh latihan selama sekurang-kurangnya tiga (3) bulan dan maksimum enam (6) bulan
Terma dan Syarat:
- Permohonan mesti diserahkan tiga (3) bulan sebelum bermulanya tempoh latihan.
- Hanya calon yang berjaya akan dihubungi untuk penempatan latihan
- Hanya permohonan dalam talian yang dihantar melalui portal kerjaya Bank Negara Malaysia akan dilayan. Permohonan pos / kurier / e-mel tidak akan diproses
Dokumen
Untuk memohon, sila klik pada pautan Borang Permohonan Latihan Industri di bawah dan muat naik dokumen yang diperlukan menggunakan pautan di dalam borang tersebut:
- Borang Permohonan Internship
- Biodata (Resume)
- Keputusan/Transkrip Akademik Terkini
- Slip Keputusan Pra-Universiti/Diploma, mana-mana yang berkenaan (Cth: Program Asas, Matrikulasi, STPM, O-Level, A-Level, Program Ijazah Amerika, Matrikulasi Australia, International Baccalaureate)
- Salinan Kad Pengenalan anda
- Surat penempatan program Latihan industri (jika ada)
Proses Permohonan
- Temu Bual Video Maya
- Penilaian
- Temu bual
- Tawaran
Sila ambil perhatian bahawa disebabkan jumlah permohonan yang tinggi yang kami terima, kami hanya menghubungi calon yang disenarai pendek.
Jika permohonan anda berjaya, anda akan dikehendaki lulus pemeriksaan perubatan dan proses tapisan keselamatan. Intern akan menerima elaun sebanyak RM 1,500.00 sebulan.
Pelatih akan ditempatkan di seluruh jabatan di seluruh Bank Negara Malaysia bergantung kepada ketersediaan tempat. Kami akan cuba meletakkan anda di jabatan yang sesuai berdasarkan keutamaan dan kelayakan akademik anda di mana anda akan dapat menyumbang impak yang mencukupi dan memperoleh pengalaman berharga.
Peluang-peluang Lain
Program Graduan Kijang
Program Graduan Kijang memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada peranan Bank Negara Malaysia yang pelbagai dalam membangunkan negara. Anda akan ditugaskan mengikut giliran di ketiga-tiga sektor di Bank Negara Malaysia selama 18 bulan. Pengalaman ini membolehkan anda mengenal pasti pelbagai bidang kerjaya yang sesuai dengan diri anda.
Biasiswa
Matlamat program biasiswa kami ialah memupuk bakat muda Malaysia dengan memberi akses kepada pengalaman pembelajaran terbaik di universiti terkemuka seperti dalam senarai yang diluluskan Bank, dalam beberapa bidang pengajian tertentu.
Jawatan Kosong
Hasil kerja kami di Bank Negara Malaysia membentuk kehidupan rakyat Malaysia setiap hari dan tahun-tahun yang mendatang. Oleh itu kami mencari yang terbaik dan cemerlang, membuat pelaburan dalam modal insan, dan menawarkan pelbagai laluan kerjaya untuk perkembangan profesional mereka.