Cakna Intro

CAKNA ialah skim yang bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan kontraktor kecil (G1-G4) yang telah mendapat kontrak Kerajaan dan memerlukan pembiayaan daripada institusi kewangan untuk mengukuhkan aliran tunai dan kedudukan kewangan mereka.

Terdapat dua skim di bawah CAKNA:

  • CAKNA I bertujuan membantu keperluan kecairan PKS selepas kontrak disempurnakan.
  • CAKNA II pula bertujuan memenuhi keperluan pembiayaan kontraktor kecil untuk melaksanakan kontrak.

Jenis kemudahan, kriteria kelayakan dan institusi kewangan peserta untuk CAKNA I dan CAKNA II adalah berbeza-beza.

Cakna scheme

CAKNA I

CAKNA I ialah skim mudah tunai yang bertujuan untuk membantu kedudukan aliran tunai PMKS yang telah menyempurnakan kontrak perolehan Kerajaan, dengan membolehkan mereka menjual invois yang diluluskan kepada institusi perbankan pada harga diskaun, sebagai pertukaran untuk pembayaran awal, sebelum tarikh matang invois tersebut.

Skim ini memanfaatkan infrastruktur sedia ada (iaitu sistem perolehan Kerajaan dan platform pembiayaan perdagangan bank-bank) untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat masa ke pasaran.

Manfaat Utama kepada Vendor PMKS

1

Menyediakan mudah tunai segera bagi membolehkan vendor PMKS menguruskan keperluan kewangan

2

Harga yang kompetitif berdasarkan kedudukan kewangan Kerajaan sebagai prinsipal

3

Menambah baik akses vendor PMKS kepada kemudahan perbankan

4

Tidak mempengaruhi tahap keberhutangan vendor PMKS

5

Tiada cagaran diperlukan

 



Senarai Institusi Kewangan Peserta

MBSB Bank
03-2096-3004/3223
clientcoveragecorporate @mbsbbank.com
Maybank Islamic
1300-886-688
cakna@maybank.com
RHB Islamic
03-9280-7447
cakna@rhbgroup.com
CIMB Islamic
1300-888-828
Bank Islam
03-2782 1082/1310
cakna@bankislam.com.my
Bank Muamalat
03-2615 5511/5523
cakna2.0@muamalat.com.my

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan yang ditawarkan dan kriteria kelayakan untuk memohon, sila hubungi institusi kewangan peserta yang berkenaan.

CAKNA II

CAKNA II merupakan skim pembiayaan bagi kontraktor / pembekal PMKS yang memperolehi projek Kerajaan, terutamanya kontraktor kecil (G1-G4) dengan nilai kontrak sehingga RM1.5 juta. Skim ini menawarkan kemudahan pembiayaan kontrak pada kadar yang kompetitif kepada kontraktor kecil yang layak untuk melaksanakan kontrak-kontrak Kerajaan di bawah skop bekalan, perkhidmatan atau kerja-kerja kontrak bagi membantu projek tersebut siap dengan segera dan tepat pada masanya.

 

Senarai Institusi Kewangan Peserta CAKNA II

RHB Bank Berhad
03-9280 7447 
cakna@rhbgroup.com
Kemudahan pembiayaan yang ada:
RHB Islamic Bank Berhad
03-9280 7447
cakna@rhbgroup.com
Kemudahan pembiayaan yang ada:
SME Bank
03-2603 7700
customercare@smebank.com.my
Kemudahan pembiayaan yang ada:
Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad
03-2612 9600 ext. 8639
sme_bs@bankrakyat.com.my
Kemudahan pembiayaan yang ada:
Credit Guarantee Corporation Berhad
03-7880 0088
csc@cgc.com.my
Kemudahan pembiayaan yang ada:

Untuk maklumat lanjut mengenai kemudahan yang ditawarkan dan kriteria kelayakan untuk permohonan, sila hubungi institusi kewangan peserta yang berkenaan.