
Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour
D.G.P.N., P.M.W.
Gabenor
Dato' Seri Abdul Rasheed Ghaffour ialah Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-10. Beliau dilantik untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai 2023. Sebagai Gabenor, Rasheed juga berperanan sebagai pengerusi Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Dasar Monetari dan Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan Bank.
Rasheed menyertai Bank pada tahun 1988 dan telah menerajui pelbagai jawatan merentas pelbagai fungsi utama Bank, termasuk dasar monetari dan ekonomi, pengurusan rizab antarabangsa dan pasaran kewangan, pembangunan sektor kewangan dan peraturan perbankan. Pada tahun 2016, Rasheed dilantik sebagai Timbalan Gabenor.
Beliau juga telah memainkan peranan utama berhubung dengan usaha advokasi Bank dalam hal ehwal ekonomi, termasuk dalam bidang perlindungan sosial dan reformasi pasaran pekerja. Usaha ini termasuk memberikan sokongan dan nasihat kepada Kerajaan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan pandemik. Beliau juga memegang peranan penting dalam pembangunan dan pelaksanaan Pelan Induk Sektor Kewangan dan Pelan Sektor Kewangan.
Pada peringkat antarabangsa, Rasheed telah berkhidmat dan menjadi ahli pelbagai institusi antarabangsa, seperti Islamic Financial Services Board (IFSB) dan Bank for International Settlements (BIS). Beliau juga telah memperjuangkan pelbagai usaha untuk mengukuhkan integrasi dan kerjasama kewangan serantau, seperti Rangka Kerja Integrasi Perbankan ASEAN. Sebelum ini, Rasheed pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Silih-Ganti di Pejabat Southeast Asia Voting Group, Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF).
Rasheed ialah bekas pelajar St. John's Institution di Kuala Lumpur, dan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Sa?d Business School, University of Oxford, United Kingdom.