Breadcrumb

MC - intro

Jawatankuasa Pengurusan

Seperti yang diperuntukkan oleh Akta Bank Negara Malaysia 2009, Gabenor bertanggungjawab terhadap pengurusan Bank dalam melaksanakan mandat yang diberikan kepada Bank. Dalam menggalas tugas dan tanggungjawab ini, Gabenor dibantu oleh pasukan pengurusan kanan yang terdiri daripada para Timbalan Gabenor dan Penolong Gabenor. Struktur organisasi Bank bertujuan untuk menggalakkan saluran pelaporan dan akauntabiliti yang jelas bagi pelbagai fungsi Bank.

Pelbagai jawatankuasa pengurusan juga ditubuhkan bagi membolehkan pasukan pengurusan kanan dan pegawai kanan Bank lain turut sama dalam perbincangan dan pertukaran pendapat mengenai urusan Bank, khususnya yang melibatkan strategi organisasi dan keutamaan terpenting. Jawatankuasa-jawatankuasa pengurusan ini termasuk jawatankuasa dasar seperti Jawatankuasa Kestabilan Kewangan serta Jawatankuasa Dasar Bersama, iaitu sebuah jawatankuasa yang ditugaskan untuk membincangkan pelbagai isu serta menyelaraskan dasar-dasar yang memberikan impak kepada sistem kewangan dan ekonomi secara amnya. Jawatankuasa-jawatankuasa pengurusan membolehkan Bank memanfaatkan pelbagai latar belakang kepakaran dan pandangan daripada seluruh Bank untuk membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada perbincangan secara terbuka dan berterus-terang.

Dengan sokongan struktur pengurusan sedemikian, pihak pengurusan kanan menetapkan dasar-dasar dalaman serta menerajui operasi Bank bagi memastikan Bank berupaya mencapai matlamatnya, melaksanakan fungsinya serta menggunakan sumber-sumbernya secara berkesan, berhemat dan selaras dengan kepentingan Bank, demi memberikan manfaat kepada negara.

MC member profiles

Ahli-ahli Jawatankuasa

photo
photo
photo
photo
photo

usefulness

Adakah maklumat pada laman ini berguna?  
Thank you for your feedback