Bank Negara Malaysia sentiasa menjalankan siasatan ke atas syarikat dan individu yang melanggar undang-undang dan peraturan yang ditadbirnya. BNM mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan penguatkuasaan -- termasuk tindakan jenayah, sivil dan pentadbiran, dan terdiri daripada pengeluaran surat amaran, serbuan bersama dengan pihak berkuasa lain, dan tindakan undang-undang di mahkamah -- terhadap mana-mana entiti yang gagal mematuhi piawaian kawal selia dan keperluan lain yang dikeluarkan berdasarkan undang-undang yang ditadbir BNM.
Tindakan penguatkuasaan yang dikenakan oleh BNM, di samping amaran, memainkan peranan penting dalam meningkatkan kredibiliti langkah pencegahan ketidakpatuhan, dan meyakinkan orang ramai terhadap integriti sistem kewangan.
Tindakan terhadap Entiti Dikawalselia BNM
Entiti Dikawalselia BNM ialah institusi yang dilesenkan dan diluluskan BNM untuk menjalankan aktiviti berjadual
Tindakan terhadap Entiti Tidak Dikawalselia BNM
Entiti Tidak Dikawalselia BNM termasuk syarikat dan individu yang tidak dilesenkan untuk menjalankan aktiviti yang dikawalselia BNM
Tindakan Penguatkuasaan ke atas Entiti Tidak Dikawalselia BNM