Breadcrumb

Pidato - Perihal

Pertandingan Pidato Piala Gabenor Bank Negara Malaysia (Pidato Piala Gabenor) dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2009.

Pertandingan ini merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam industri kewangan. Penyertaan dibuka kepada semua kakitangan sektor perkhidmatan kewangan. Topik-topik yang dipidatokan berkisar sekitar isu-isu semasa dalam sektor kewangan, bertujuan untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang dasar dan inisiatif Bank Negara Malaysia dalam sektor tersebut.

Pidato - Syarat Penyertaan

Objektif

  • Mencungkil bakat dan kemahiran serta membina keyakinan diri dalam kalangan kakitangan sektor perkhidmatan kewangan supaya lebih berkeyakinan apabila berurusan dengan pelanggan.

  • Menjadikan kakitangan sektor perkhidmatan kewangan lebih berketerampilan dalam menyampaikan idea, pandangan dan fakta yang berkesan dan bernas.

  • Memupuk rasa bangga dan kecintaan dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

 

Syarat Penyertaan

  • Penyertaan dibuka kepada semua kakitangan tetap dan kontrak daripada institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, persatuan industri kewangan dan institusi rakan strategik Bank Negara Malaysia.

  • Johan, Naib Johan dan pemenang Tempat Ketiga pertandingan pada tiga tahun sebelum tahun semasa tidak dibenarkan memasuki pertandingan pada tahun semasa.

  • Peserta yang telah menjadi Johan sebanyak tiga kali tidak lagi boleh menyertai pertandingan ini.