Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari
Jawatankuasa Semakan Penalti Monetari (JSPM) ialah jawatankuasa bebas yang dibentuk di bawah seksyen 238 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Financial Services Act 2013, FSA) dan seksyen 249 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial Services Act 2013, IFSA). JSPM mempertimbangkan rayuan daripada perayu (individu atau institusi) terhadap penalti monetari pentadbiran (administrative monetary penalty, AMP) atau remedi kewangan yang dikenakan oleh BNM dalam menggunakan kuasa penguatkuasaan pentadbiran di bawah FSA, IFSA, Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002, dan Akta Mata Wang 2020 (Currency Act 2020, CA)[1].
JSPM menyediakan saluran bebas bagi pihak-pihak yang terkilan untuk membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh BNM. JSPM boleh membuat keputusan sama ada untuk mengesahkan keputusan BNM atau menghendaki BNM mempertimbangkan semula keputusannya dan mencapai suatu keputusan mengikut dapatan JSPM. Ahli-ahli JSPM dilantik oleh Menteri Kewangan dalam kalangan Ahli Bukan Eksekutif Bebas dalam Lembaga Pengarah BNM atau individu luar lain atas saranan BNM.
[1] Bagi CA, rayuan hanya boleh dilakukan terhadap AMP yang dikenakan oleh BNM
Profil Ahli-Ahli MPRC
Garis Panduan Rayuan
Rayuan kepada MPRC mesti difailkan dalam tempoh 21 hari selepas pihak yang terkilan dimaklumkan tentang keputusan BNM menggunakan Borang Notis Rayuan. Prosedur terperinci untuk memfailkan rayuan dinyatakan dalam Manual Rayuan. MPRC boleh memutuskan sama ada untuk mengesahkan keputusan BNM atau menghendaki BNM menimbang semula dan mencapai keputusan selaras dengan penemuan MPRC.
Hubungi Kami
UrusetiaJawatankuasa Semakan Penalti Monetari
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato¡¯ Onn
50480 Kuala Lumpur
Telefon: 03 2604 0241
E-mel: mprc@bnm.gov.my