FSEC

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan

Jawatankuasa Eksekutif Kestabilan Kewangan (FSEC) ditubuhkan pada tahun 2010 mengikut Seksyen 37 Akta Bank Negara Malaysia 2009. FSEC membantu Bank dalam pelaksanaan mandat berkanunnya, iaitu memelihara kestabilan kewangan melalui kuasa yang diberikan bagi menentukan langkah-langkah dasar khusus yang boleh diambil oleh Bank untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko terhadap kestabilan kewangan.

Dalam pelaksanaan mandatnya, FSEC menyemak, menilai dan memutuskan cadangan Bank bagi:

  • Mengeluarkan arahan kepada individu atau institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh Bank supaya mengambil langkah-langkah tertentu demi kepentingan kestabilan kewangan;
  • Ahliikan bantuan mudah tunai kepada institusi kewangan yang tidak dikawal selia oleh Bank, atau kepada operasi luar negeri institusi kewangan berlesen di Malaysia; dan
  • Ahliikan sokongan modal kepada institusi kewangan berlesen di Malaysia yang tidak berdaya maju atau mungkin tidak akan berdaya maju.

Langkah-langkah ini bertujuan memastikan fungsi pengantaraan kewangan yang berterusan dan berkesan, termasuk fungsi pasaran wang dan pasaran pertukaran asing yang teratur, serta memelihara keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan.

FSEC terdiri daripada tujuh orang ahli, dan kebanyakannya merupakan ahli bukan eksekutif yang tidak terlibat dengan Pengurusan Bank. Ahli-ahlinya tertakluk pada Kod Etika dan Konflik Kepentingan, yang bertujuan untuk memelihara integriti keputusan FSEC.

Profil Ahli-Ahli FSEC

photo
photo
photo
photo
photo
photo
photo